Posts

Showing posts from 2015

kisah aku dan katak

assalamualaikum sume, hari ni tetibe lak aku rase nak brkongsi kisah ni haha, macam cerita kanak-kanak la plak tajuk tapi ni memang kisah benar dalam hidup aku, mulanye aku ingat just nak letak kisah ni dalam online diary je, tapi rase macam nk post kat sini jugak, ni yang aku copy lam online diary aku,,, 28/05/2015, assalamualaikum sume ^_^, hari ni aku nak bercerita sikit boleh x?, okay first story yang aku nak citer ni adalah kisah katak dan aku hihi, lawak tak tajuk dia? Tapi memang lawak pun… macam ni kisah dia…. 2 malam lepas aku tidur ler cam biase lepas layan hamster kesayangan aku dan berbual kosong dengan mama aku (mase ni mama aku tak sihat so aku tido lam bilik dia senang kalau ade ape-ape hal aku dah ade kat lam bilik tu),,selepas berbual kosong ngan mama aku mata aku pun dah ngantuk so layan la tido, mase ni aku tido kat bawah mama aku tido kat atas katil....tengah syok dibuai mimpi yang indah tup-tup… Pap! Atas pipi sebelah kiri aku….sejuk dan lembik,,,mula-mula aku in

Manikam ke-6 Musibah adalah gudang kenikmatan. Buku tika bidadari berbisik

Image
Lihatlah keindahan taman nan ceria Di esok hari nanti akan penuh dengan nyanyian burung-burung yang berkicau      Ummul 'Ala meriwayatkan bahawa ketika aku menderita sakit, Rasulullah S.A.W  menjengukku dan menghiburkan aku: Hai Ummul 'Ala, bergembiralah, kerana dengan sakit yang dideritai oleh seorang muslim, Allah akan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana api melenyapkan kotoran emas dan perak. (Hadith riwayat Abu Daud)       Hadith di atas bukan bermaksud menyuruh kita memelihara virus-virus penyakit di dalam badan kita dan tidak perlu berubat dengan alasan sakit dapat menghapuskan dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan. Seorang hamba harus mencari ubat penawar dan menghilangkan penyakitnya dengan tetap bersabar atas penderitaan dan menganggapnya itu sebagai simpanan kebaikan yang akan tercatat dalam bukunya, itulah yang diajar oleh wanita solehah Ummul 'Ala yang mulia.      Seorang wanita hendaklah bersabar apabila kehilangan suami atau anaknya yang terc

Manikam ke-5- Tumpukan dirimu pada apa yang ada sekarang! Buku tika bidadari berbisik

Gelapnya malam pasti akan tersingkap maka janganlah engkau takut  sebentar lagi fajar akan muncul dengan perhiasannya yang cerah. Tiada gunanya menampar pipi dan merobek-robek poket baju sebagai ungkapan kecewa ketika kehilangan apa yang kita cintai? tiada gunanya mengingati kembali peristiwa yang telah ditelan zaman yang pada akhirnya akan menambah parah lagi kesedihannya dan makin menyeksakan kalbunya       Seandainya tangan kita boleh menggapai apa yang telah terjadi di masa lalu, boleh mengubah apa yang tidak kita sukai menjadi sesuatu yang kita senangi, maka kitab harus kembali ke masa lalu dan kita mungkin akan berebut menjemputnya. kemudian kita menghapuskan segala perkara yang kita sesali, dan melipatgandakan kebaikan kita yang masih kurang. Namun, sesungguhnya perkara itu menjadi mustahil. Maka yang terbaik bagi kita adalah memulakan hari-hari dan malam-malam yang baru kerana di dalamnya kita dapat menggantikan yang telah lampau.      Berikut ini apa yang diingatkan o

Sumbangan tokoh Islam - Sulayman al-Mahri

Sulayman al-Mahri hidup dalam pertengahan awal abad ke-10 H/16M dan berasal dari Arab Selatan, iaitu Maharan, Handramaut. Beliau telah membuat pengembaraan di hampir semua lautan yang terkenal di dunia dan telah membuat penulisan mengenai pengembaraannya dalam beberapa risalah, penulisan berkenaan pengalamannya dilakukan pada permulaan abad ke 16M.     Lautan pertama beliau lalui bermula dari Lautan Hindi melalui sepanjang Lautan Pasifik, Selat Bering, Lautan Artik, Lautan Atlantik dan memasuki Mediterranean melalui Selat Gibraltar. Laluan pelayaran lain beliau bermula dari Lautan Hindi dan terus ke pantai Habsyah, Mozambique, Tanjung Harapan, melalui Lautan Atlantik , kemudian memasuki Mediterranean hingga ke selatan Gibraltar (Jabal Tariq).      Beliau telah menulis 5 risalah penting yang mengandungi maklumat tentang nautikal, sains, bintang, planet, laluan laut, pergerakan angin dan tanah pantai, iaitu:- a) Qiladat al-Shumus fi'ilm at-Tarikh b) Kitab Tuhfat al-Fuhul fi T

Intan Ke-10, ORANG YANG KEDEKUT ITU, SEBENARNYA, KEDEKUT TERHADAP DIRINYA SENDIRI. Buku tika bidadari berbisik

Bersinarlah dikau laksana gemerlapnya gemintang Dan jangan khuatirkan kesedihan Dan kegelapan yang datang     Ada cerita tentang UMMU AL-BANIN binti ABDUL AZIZ, saudara perempuan Umar Ibnu Abdul Aziz, seorang yang pemurah hati dan dia juga sering mengundang kaum wanita ke rumahnya. Diberinya mereka pakaian-pakaian yang baik dan wang yang tidak sedikit seraya berkata " Pakaian ini untuk kalian, dan wang ini bagikanlah kepada orang-orang fakir yang ada di sekitar kalian." Dia melakukan itu dengan maksud mengajarkan dan membiasakan mereka untuk mendermadan bermurah hati.    Di antara perkataannya adalah : " Celakalah orang yang kikir. Demi Allah, jika kekikiran itu adalah baju, maka aku tidak akan memakainya. Jika kekikiran itu jalan, maka aku tidak akan melaluinya."    Sebahagian dari ucapannya yang menunjukan kemurahan hatinya adalah : "Setiap kaum memiliki selera dan kegemaran dalam segala sesuatu. Namun kegemaran dan seleraku telah ditentukan d

Salam perkenalan sem 1 di universiti

Assalamualaikum sume.. Hari ni tetibe plak datang mood nak menaip-naip XD,,tapi hari ni aku nak bercerita pengalaman aku yang pernah mendapat salam perkenalan sem 1 semasa aku melanjutkan pengajian aku. Ehem-ehem bukan salam perkenalan dari secret admire yep, salam perkenalan dari.......makhluk halus...bukan hantu yep, hantu tak wujud bagi aku yang wujud hanya iblis, syaitan, jin, roh dan lain-lain, hantu tak tersenarai dalam Al-Quran setahu aku, so that's why aku tak percaya hantu. Apa yang terjadi pd aku dalam kisah ni mungkin dsebabkan sikap syaitan atau iblis suke buat rupe. Kisah ini bermula....... Sape tak excited dapat melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya selepas alam persekolahan? hahaha dan aku salah seorang daripada mereka. keputusan STPM aku taklah segempak mana, tapi tu pun dah alhamdulillah dah, memang tak sangka macam mimpi je masuk universiti ni ^_^. Aku mendapat tawaran melanjutkan pengajian di universiti tempatan dalam negeri lagi (dekat ngan r

makhluk yang bergelar manusia.

manusia,, loveliest creations of man by God, but sometimes people forget, people began to be haughty, people began to be greedy, consider himself God, cruelty to other human beings, people forget he's only human, every human behavior observed by God, there is no God but him, the court came unexpectedly, returning road is gone, regrets that there is no point. as long as there is time, change the bad to the good ^ _ ^

ciri-ciri pemimpin yang hebat

baru habis baca buku pasal Umar Abdul Aziz dan pasal Sultan Al-Fateh. diorang berdua ni antara pemimpin yang hebat di kalangan pemimpin yang aku anggap cool and true leader, pemimpin yang paling awesome of course Nabi Muhammad S.A.W ^_^. Aku tak nak citer panjang-panjang, tapi honestly aku bukanlah peminat sangat bab-bab politik sebab aku sendiri bukanlah penyokong mana-mana parti politik..ahaks..sorry that's the truth, aku cume rakyat biasa yang berdiri di tepi sambil memerhatikan gelagat manusia kini. Mengenai bab isu politik kini  tak nak aku bercerita takut tersalah cakap XP. tapi hari ni aku nak bercerita pasal apa yang aku baca, okay x?, baiklah, pasal pemimpin yang telah aku sebut tadi sememangnya awesome giler2, antara ciri-ciri pemimpin yang baik yang patut dicontohi oleh masyarakat sekarang. yang ni ciri-ciri Umar Abdul Aziz. antara ciri-ciri pemimpin yang awesome memerintah adalah;- 1) teliti dalam segala urusan, mengetahui dan memahami semua perjalanan kerja ora

happy day ^_^

Image
i love been here, this place makes me feel so calm n happy ^_^