Manikam ke-6 Musibah adalah gudang kenikmatan. Buku tika bidadari berbisik








Lihatlah keindahan taman nan ceria
Di esok hari nanti akan penuh dengan nyanyian
burung-burung yang berkicau


     Ummul 'Ala meriwayatkan bahawa ketika aku menderita sakit, Rasulullah S.A.W  menjengukku dan menghiburkan aku:

Hai Ummul 'Ala, bergembiralah, kerana dengan sakit yang dideritai oleh seorang muslim, Allah akan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana api melenyapkan kotoran emas dan perak. (Hadith riwayat Abu Daud)

     Hadith di atas bukan bermaksud menyuruh kita memelihara virus-virus penyakit di dalam badan kita dan tidak perlu berubat dengan alasan sakit dapat menghapuskan dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan. Seorang hamba harus mencari ubat penawar dan menghilangkan penyakitnya dengan tetap bersabar atas penderitaan dan menganggapnya itu sebagai simpanan kebaikan yang akan tercatat dalam bukunya, itulah yang diajar oleh wanita solehah Ummul 'Ala yang mulia.

     Seorang wanita hendaklah bersabar apabila kehilangan suami atau anaknya yang tercinta. Dalam hadith disebutkan:

   Sesungguhnya Allah tidak tega bagi hambaNya yang mukmin-bila kehilangan orang yang dicintainya, dari penduduk dunia, kemudian dia bersabar dan berharap balasan dari Allah- membalasnya dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga. (Hadith riwayat An-Nasa'i)

ketika seorang isteri kehilangan suaminya (sebab kematian), sesungguhnya Allah telah mengambil hambaNya dan Dia lebih berhak atasnya. Jika seorang wanita berkata: "Suamiku" atau "anakku!" Allah Sang Pencipta berfirman:
"Hambaku! Aku lebih berhak atasnya daripada yang selain aku. Suami adalah pinjaman. anak adalah pinjaman, saudara adalah pinjaman, ayah adalah pinjaman dan isteri adalah pinjaman.

Tiada lain harta dan keluarga itu hanyalah
amanah belaka dan suatu waktu amanah itu 
harus dikembalikan (kepada si empunya)

petikan buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia.

Comments

Popular posts from this blog

Parut kenangan dari si bulus...

Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik

pengamalan susuk ayat dikalangan wanita Melayu