Posts

Showing posts from August, 2015

Manikam ke-6 Musibah adalah gudang kenikmatan. Buku tika bidadari berbisik

Image
Lihatlah keindahan taman nan ceria Di esok hari nanti akan penuh dengan nyanyian burung-burung yang berkicau      Ummul 'Ala meriwayatkan bahawa ketika aku menderita sakit, Rasulullah S.A.W  menjengukku dan menghiburkan aku: Hai Ummul 'Ala, bergembiralah, kerana dengan sakit yang dideritai oleh seorang muslim, Allah akan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana api melenyapkan kotoran emas dan perak. (Hadith riwayat Abu Daud)       Hadith di atas bukan bermaksud menyuruh kita memelihara virus-virus penyakit di dalam badan kita dan tidak perlu berubat dengan alasan sakit dapat menghapuskan dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan. Seorang hamba harus mencari ubat penawar dan menghilangkan penyakitnya dengan tetap bersabar atas penderitaan dan menganggapnya itu sebagai simpanan kebaikan yang akan tercatat dalam bukunya, itulah yang diajar oleh wanita solehah Ummul 'Ala yang mulia.      Seorang wanita hendaklah bersabar apabila kehilangan suami atau anaknya yang terc

Manikam ke-5- Tumpukan dirimu pada apa yang ada sekarang! Buku tika bidadari berbisik

Gelapnya malam pasti akan tersingkap maka janganlah engkau takut  sebentar lagi fajar akan muncul dengan perhiasannya yang cerah. Tiada gunanya menampar pipi dan merobek-robek poket baju sebagai ungkapan kecewa ketika kehilangan apa yang kita cintai? tiada gunanya mengingati kembali peristiwa yang telah ditelan zaman yang pada akhirnya akan menambah parah lagi kesedihannya dan makin menyeksakan kalbunya       Seandainya tangan kita boleh menggapai apa yang telah terjadi di masa lalu, boleh mengubah apa yang tidak kita sukai menjadi sesuatu yang kita senangi, maka kitab harus kembali ke masa lalu dan kita mungkin akan berebut menjemputnya. kemudian kita menghapuskan segala perkara yang kita sesali, dan melipatgandakan kebaikan kita yang masih kurang. Namun, sesungguhnya perkara itu menjadi mustahil. Maka yang terbaik bagi kita adalah memulakan hari-hari dan malam-malam yang baru kerana di dalamnya kita dapat menggantikan yang telah lampau.      Berikut ini apa yang diingatkan o

Sumbangan tokoh Islam - Sulayman al-Mahri

Sulayman al-Mahri hidup dalam pertengahan awal abad ke-10 H/16M dan berasal dari Arab Selatan, iaitu Maharan, Handramaut. Beliau telah membuat pengembaraan di hampir semua lautan yang terkenal di dunia dan telah membuat penulisan mengenai pengembaraannya dalam beberapa risalah, penulisan berkenaan pengalamannya dilakukan pada permulaan abad ke 16M.     Lautan pertama beliau lalui bermula dari Lautan Hindi melalui sepanjang Lautan Pasifik, Selat Bering, Lautan Artik, Lautan Atlantik dan memasuki Mediterranean melalui Selat Gibraltar. Laluan pelayaran lain beliau bermula dari Lautan Hindi dan terus ke pantai Habsyah, Mozambique, Tanjung Harapan, melalui Lautan Atlantik , kemudian memasuki Mediterranean hingga ke selatan Gibraltar (Jabal Tariq).      Beliau telah menulis 5 risalah penting yang mengandungi maklumat tentang nautikal, sains, bintang, planet, laluan laut, pergerakan angin dan tanah pantai, iaitu:- a) Qiladat al-Shumus fi'ilm at-Tarikh b) Kitab Tuhfat al-Fuhul fi T