Posts

ADA APA DENGAN YAHUDI DAN ZIONIST PART 1

  PART 1 ADA APA DENGAN YAHUDI DAN ZIONIST. Apa itu Judais?    Judais adalah nama agama bagi bangsa Yahudi tidak kira di mana mereka tinggal. Agama Judais juga disebut sebagai Yehudah atau Yahedut oleh penganut mereka manakala dalam bahasa Latin ia disebut sebagai ludaismus.    Mengikut kepercayaan masyarakat Yahudi, agama Judais dibawa oleh Abraham (Nabi    Ibrahim A.S), bagi mereka Abraham dianggap bapa kepada seluruh keturunan Yahudi namun hakikatnya ia menyimpang dengan ahli sejarah.    Bagi mereka Abraham adalah pengasas Judais, tetapi kitab rasmi yang digunakan iaitu Kitab Taurat yang dibawa oleh Moses (Nabi Musa a.s). selain itu mereka juga berpegang pada Kitab Talmud yang dihasilkan oleh para rabbi-rabbi mereka. Kitab Talmud lebih luas penggunaanya kerana kitab tersebut mengandungi segala adat istiadat kehidupan seharian masyarakat Yahudi walaupun menyimpang daripada ajaran Nabi Musa a.s.    Penganut agama Judais telah terbahagi dan terpecah kepada beberapa puak men

Pakaian tradisional wanita Kelantan.

Image
  Pengenalan. Cik Siti Wan Kembang (1580-1677), adalah merupakan seorang pemerintah negeri yang bernama negeri serendah sekebun bunga cerang tagayong dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, beliau adalah puteri kepada Raja Ahmad, yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang 4 tahun, ayahndanya telah mangkat, setelah itu baginda telah digantikan dengan Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Raja Hussin. Beliau telah memerintah selama 26 tahun iaitu dari tahun 1584-1610. Cik Siti Wan Kembang diasuh oleh Raja Hussin sebagai puteri angkat. Raja Hussin telah mangkat pada tahun 1610, ketika itu Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang 30 tahun telah ditabalkan sebagai pemerintah negeri Kelantan. Baginda tidak bersuami. Dibawah pemerintahan negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang yang masuk berdagang ke negeri K

Parut kenangan dari si bulus...

Image
Looks like i need couple more years to make these scars disappeared 🙄🙄 well no matters 😄😄 parut kenangan dari si bulus tersayang, sakit giler la time kene cakar peh.. tapi salah aku jugak sape suruh sibuk nak mengangkat kucing yang tengah agresif? 😅😅😅 kan mendapat...                                      Ni pada hari kene cakar.                              Aku x buang masa aku terus cuci luka pakai                                                     dettol, pastu                               Aku taruk ubat luka (betadine), and untuk                                      kurangkan bengkak aku taruk minyak mastika.                             It took 2 weeks to recovered, tapi jgn tiru                             macam aku yek, kalau kene cakar better pergi klinik                  And dapatkan injection.                         Nasib baik sembuh tapi parut banyak plak 😂😂

Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik

Sekadar ingin berkongsi ^_^ Jangan berputus asa Kerana putus asa adalah keingkaran Barangkali saja dalam waktu yang dekat Allah akan memberikan kelapangan      Apakah anda pernah mendengar tentang wanita dari Juhaniyah yang tergelingcir jalan hidupnya kemudian dia berzina? Lalu dia mengingati Allah dan segera bertaubat kepadaNYA. Dia menghadap Rasulullah s.a.w agar segera dihukum rejam agar menjadi suci dari dosanya itu. Dia datang dalam keadaan hamil kerana berzina, seraya berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah melanggar satu hukum had, maka hukumilah aku!” kemudian Rasulullah s.a.w, memanggil walinya seraya berkata:”berlaku baiklah kepadanya. Bila dia telah melahirkan, maka bawalah dia kemari lagi.”     Akhirnya ketika wanita itu kembali lagi, Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar wanita itu direjam dan wanita itu mati kerana hukuman rejam tersebut. Setelah itu beliau solat atas jenazahnya. Melihat hal tersebut, Umar Radhiyallahu ‘anhu bertanya: “

kisah aku dan katak

assalamualaikum sume, hari ni tetibe lak aku rase nak brkongsi kisah ni haha, macam cerita kanak-kanak la plak tajuk tapi ni memang kisah benar dalam hidup aku, mulanye aku ingat just nak letak kisah ni dalam online diary je, tapi rase macam nk post kat sini jugak, ni yang aku copy lam online diary aku,,, 28/05/2015, assalamualaikum sume ^_^, hari ni aku nak bercerita sikit boleh x?, okay first story yang aku nak citer ni adalah kisah katak dan aku hihi, lawak tak tajuk dia? Tapi memang lawak pun… macam ni kisah dia…. 2 malam lepas aku tidur ler cam biase lepas layan hamster kesayangan aku dan berbual kosong dengan mama aku (mase ni mama aku tak sihat so aku tido lam bilik dia senang kalau ade ape-ape hal aku dah ade kat lam bilik tu),,selepas berbual kosong ngan mama aku mata aku pun dah ngantuk so layan la tido, mase ni aku tido kat bawah mama aku tido kat atas katil....tengah syok dibuai mimpi yang indah tup-tup… Pap! Atas pipi sebelah kiri aku….sejuk dan lembik,,,mula-mula aku in

Manikam ke-6 Musibah adalah gudang kenikmatan. Buku tika bidadari berbisik

Image
Lihatlah keindahan taman nan ceria Di esok hari nanti akan penuh dengan nyanyian burung-burung yang berkicau      Ummul 'Ala meriwayatkan bahawa ketika aku menderita sakit, Rasulullah S.A.W  menjengukku dan menghiburkan aku: Hai Ummul 'Ala, bergembiralah, kerana dengan sakit yang dideritai oleh seorang muslim, Allah akan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana api melenyapkan kotoran emas dan perak. (Hadith riwayat Abu Daud)       Hadith di atas bukan bermaksud menyuruh kita memelihara virus-virus penyakit di dalam badan kita dan tidak perlu berubat dengan alasan sakit dapat menghapuskan dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan. Seorang hamba harus mencari ubat penawar dan menghilangkan penyakitnya dengan tetap bersabar atas penderitaan dan menganggapnya itu sebagai simpanan kebaikan yang akan tercatat dalam bukunya, itulah yang diajar oleh wanita solehah Ummul 'Ala yang mulia.      Seorang wanita hendaklah bersabar apabila kehilangan suami atau anaknya yang terc

Manikam ke-5- Tumpukan dirimu pada apa yang ada sekarang! Buku tika bidadari berbisik

Gelapnya malam pasti akan tersingkap maka janganlah engkau takut  sebentar lagi fajar akan muncul dengan perhiasannya yang cerah. Tiada gunanya menampar pipi dan merobek-robek poket baju sebagai ungkapan kecewa ketika kehilangan apa yang kita cintai? tiada gunanya mengingati kembali peristiwa yang telah ditelan zaman yang pada akhirnya akan menambah parah lagi kesedihannya dan makin menyeksakan kalbunya       Seandainya tangan kita boleh menggapai apa yang telah terjadi di masa lalu, boleh mengubah apa yang tidak kita sukai menjadi sesuatu yang kita senangi, maka kitab harus kembali ke masa lalu dan kita mungkin akan berebut menjemputnya. kemudian kita menghapuskan segala perkara yang kita sesali, dan melipatgandakan kebaikan kita yang masih kurang. Namun, sesungguhnya perkara itu menjadi mustahil. Maka yang terbaik bagi kita adalah memulakan hari-hari dan malam-malam yang baru kerana di dalamnya kita dapat menggantikan yang telah lampau.      Berikut ini apa yang diingatkan o