Posts

Showing posts from February, 2014

TEKS PROSA RAKYAT (CERITA RAKYAT) GUNUNG RENG.

Image
TEKS PROSA RAKYAT (CERITA RAKYAT) GUNUNG RENG. Gunung Reng adalah merupakan sebuah gunung yang terletak di sebuah kampong yang bernama Kampung Gunong, Jeli, Kelantan Darul Naim.Gunung Reng kini dikenali sebagai salah satu tempat pelancongan setelah diiktiraf pada tahun 2008 dan kini menjadi salah satu daya tarikkan kepada para pelancong luar yang datang ke negeri Kelantan. peta ke Gunung Reng Seperti yang kita selalu tahu setiap tempat atau kawasan mempunyai sejarah mereka yang tersendiri dan istimewa yang di mana mempunyai pelbagai pengajaran dan tauladan kepada orang lain sehingga kini. Begitulah juga keadaannya bagi Gunung Reng, Gunung Reng bukan sekadar tempat pelancongan yang telah diiktiraf semata-mata tetapi Gunung Reng mempunyai ceritanya sendiri yang dimana dianggap penuh istimewa dan bersejarah bagi tempat itu sendiri. Sejarah bermula apabila tapak Gunung Reng pada asalnya adalah merupakan sebuah kampung yang diberi nama Kampung Tala. Kampung Tala telah dibuka ol

Wanita Calon Penghuni Syurga

Yaqnut Ketujuh WANITA CALON PENGHUNI SYURGA Sesungguhnya Tuhan yang memberimu kecukupan  pada hari kelmarin, Dia pulalah yang akan memberi kecukupan kepadamu pada hari esokmu.       Diriwayatkan oleh Atha Ibnu Abi Rabah. Ia berkata: "Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhuma berkata kepadaku: "Mahu!" Ia berkata: "seorang wanita kulit hitam pernah menemui Rasulullah S.A.W, kemudian berkata: "Sesungguhnya penyakit ayan yang aku deritai sering menyingkap auratku. Maka berdoalah kepada Allah untuk kesembuhanku." Rasulullah S.A.W bersabda:        Jika engkau mahu bersabar, engkau akan memperolehi syurga. Namun jika engkau mahu sembuh, aku akan berdoa agar Allah S.W.T menyembuhkan penyakitmu.        Dia menjawab: "aku memilih untuk bersabar. Namun auratku sering tersingkap tanpa ku sedari, maka berdoalah kepada Allah agar aku tidak demikian." Lalu beliau pun mendoakannya. (Muttafaqun 'alaih)        Wanita ini