Wanita Calon Penghuni Syurga

Yaqnut Ketujuh
WANITA CALON PENGHUNI SYURGA





Sesungguhnya Tuhan yang memberimu kecukupan 
pada hari kelmarin, Dia pulalah yang akan memberi
kecukupan kepadamu pada hari esokmu.


      Diriwayatkan oleh Atha Ibnu Abi Rabah. Ia berkata: "Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhuma berkata kepadaku: "Mahu!" Ia berkata: "seorang wanita kulit hitam pernah menemui Rasulullah S.A.W, kemudian berkata: "Sesungguhnya penyakit ayan yang aku deritai sering menyingkap auratku. Maka berdoalah kepada Allah untuk kesembuhanku." Rasulullah S.A.W bersabda:


       Jika engkau mahu bersabar, engkau akan memperolehi syurga. Namun jika engkau mahu sembuh, aku akan berdoa agar Allah S.W.T menyembuhkan penyakitmu.


       Dia menjawab: "aku memilih untuk bersabar. Namun auratku sering tersingkap tanpa ku sedari, maka berdoalah kepada Allah agar aku tidak demikian." Lalu beliau pun mendoakannya.
(Muttafaqun 'alaih)


       Wanita ini adalah seorang yang mukmin lagi bertaqwa. Dia redha dengan cubaan yang selalu menimpanya dalam kehidupan dunia yang fana' ini kerana mengharapkan syurga sebagai imbalannya. Sesungguhnya dia beroleh keuntungandalam jual belinya sehingga ia menjadi calon penghuni syurga. akan tetapi, dia menolak bila orang lain melihat auratnya saat ia dalam keadaan ayan, kerana hal ini tidak layak bagi seorang wanita muslimah yang pemalu lagi bertaqwa. Jadi, apa yang harus kita katakan kepada wanita-wanita yang mengaku mukminah namun menggoda dengan menampakkan keindahan tubuhnya dan melepaskan auratnya hingga nyaris telanjang?

Comments

Popular posts from this blog

Parut kenangan dari si bulus...

Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik

pengamalan susuk ayat dikalangan wanita Melayu