pengamalan susuk ayat dikalangan wanita Melayu




Definisi susuk ayat.                  

-Susuk didefinisikan sebagai bendasing yang dimasukkan ke dalam badan sama ada dengan menggunakan mantra atau pepejal kecil seperti jarum, berlian, beras dan lain-lain pepejal kecil bagi tujuan sebagai pelaris, kecantikkan,  kekebalan diri dan lain-lain lagi

-Susuk sentiasa berkait rapat dengan citra diri wanita, citra diri bermaksud pandangan yang seseorang terhadap dirinya sendiri. Dalam pengamalan susuk citra diri menjerumus kepada pemandangan kesempurnaan seseorang individu terhadap dirinya sendiri dan pandangan orang lain terhadapnya


Sejarah susuk
- Sejarah susuk sudah bermula sejak dahulu lagi dalam kalangan masyarakat Nusantara sehingga kini. Susuk pada asalnya merupakan pengamalan sihir di kalangan masyarakat Jawa di Nusantara, tujuan pengamalan susuk ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak diri, terutamanya untuk kecantikkan diri. Penyebaran ilmu susuk ini mula tersebar  dan menular di Tanah Melayu setelah berlakunya migrasi di kalangan masyarakat Jawa ke Tanah Melayu. Namun cara pengamalan susuk kian berubah dalam masyarakat melayu kerana berlakunya percampuran cara pengamalannya dengan budaya masyarakat lain contohnya bercampur dengan budaya masyarakat Siam(Wan Ahmad Amir Zal, 2013).

- Susuk adalah sebahagian daripada aktiviti pengamalan sihir, sihir didefinisikan sebagai pembalikan hakikat sesuatu daripada realiti atau sesuatu yang bukan sebenar. Menurut Al-Azhari (Ibn Manzur, 1997)





-   Sihir adalah perkara yang syirik iaitu menyekutukan Allah. Firman Allah s.w.t maksudnya;

             "Bahawasanya sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”.

(al-ma’idah (5:22)

Susuk ayat didefinisikan sebagai susuk yang menggunakan perkataan ataupun mantera yang dibaca oleh pengamal semasa mengamalkannya dan mampu mengubah sesuatu keadaan dari kurang sempurna kepada terlalu sempurna.




sebab-sebab pengamalan susuk ayat;-

-untuk kecantikkan
Dalam pemakaian susuk yang di amalkan oleh wanita masyarakat Melayu bagi tujuan kecantikkan bukan lagi perkara biasa mahupun yang luar biasa kerana perkara tersebut diterima masyarakat Melayu terutama di kalangan wanita Melayu. Susuk sememangnya menjadi pilihan utama wanita untuk memperolehi kecantikkan yang sempurna walaupun sedia maklum akan hukum Islam memakai susuk adalah haram dan merosakkan akidah sebagai orang Islam dan kesan-kesan buruk yang bakal dihadapi oleh si pemakai apabila terlanggar pantang larang yang telah diberitahu oleh pengamal perubatan tradisional atau bomoh. (Ibrahim Adham, 2012)

-perlindungan diri
Pemakaian susuk yang bertujuan untuk menjaga keselamatan diri juga merupakan salah satu fungsi susuk selain untuk bertujuan untuk kecantikkan diri. Dengan fungsi sebagai perlindungan diri daripada masalah gangguan orang atau khianat orang susuk menjadi pilihan untuk mengelakkan diri daripada menjadi bahan khianat orang contohnya perbuatan khianat akibat rasa dengki, dengan pemakaian susuk ini si pemakai akan sentiasa berada dalam keadaan selamat daripada sebarang perbuatan khianat orang (Mazeer Mohamad, 2012).

-pelaris perniagaan
Untuk melariskan sesuatu perniagaan susuk bukan lagi perkara asing bagi fungsi sedemikian. Di dalam dunia perniagaan terdapat banyak persaingan yang menyebabkan ada sesetengah peniaga mengalami kerugian akibat daripada perniagaan yang tidak menjadi walaupun pelbagai usaha dan pelbagai cara telah digunakan bagi melariskan perniagaan yang dijalankan oleh peniaga. Susuk adalah merupakan jalan yang mudah dan merupakan alternatif terakhir mahupun utama dalam menjayakan rancangan bagi melariskan perniagaan yang dijalankan, oleh disebabkan itu kebanyakkan peniaga yang menggunakan cara ini bagi melariskan perniagaan mereka adalah golongan wanita Melayu (Mazeer Mohamad, 2012).

-perubatan (menutup kecacatan diri)
Dalam dunia perubatan juga pernah melibatkan makhluk halus seperti susuk tujuan untuk menutup kecacatan diri, hal ini masih berlaku sehingga sekarang, perubatan yang menggunakan makhluk halus iaitu secara susuk sememangnya menjadi kegemaran bagi pawang, bomoh atau sekaliannya termasuk para pengguna dengan menggunakan ayat suci Al-Quran tetapi bercampur menggunakan mantra yang menyeru makhluk halus ini, masyarakat mempercayai bahawa perubatan tradisional atau alternatif yang menggunakan makhluk halus memberikan keberkesanan yang menakjubkan dan lebih mujarab berbanding perubatan secara sains dan perubatan Islam (Ibrahim Adham, 2012).

temubual kajian
p.s: responden bukan nama sebenar.
Untuk kecantikkan diri
Kecantikkan diri adalah keinginan semua manusia tidak terkecuali kaum wanita, malahan wanitalah yang merupakan golongan yang menganggap kecantikkan adalah sesuatu yang penting untuk diri mereka kerana mereka inginkan perhatian daripada orang yang mereka sayang seperti suami, kekasih mahupun sahabat. Seperti mana yang telah dibincangkan dalam bab satu faktor kecantikkan menjadi sebab utama bagi pengamalan susuk ayat, dalam pemilihan susuk ayat bagi keinginan untuk cantik adalah merupakan perkara yang tepat bagi wanita pada zaman dahulu kerana kesannya amat ketara sekali dan dapat menyerlahkan sesuatu yang tidak sempurna kepada terlalu sempurna.
                Hasil temubual kajian dengan semua informan mengesahkan kriteria ini. Ciri-ciri tersebut menjelaskan situasi informan ke dua iaitu Puan Jizah Yusoff yang menjelaskan kisah ibunya yang dimana pernah mengamalkan susuk ayat. Bagi tujuan untuk cantik dan menjadi tarikkan lelaki seperti yang telah beliau jelaskan dalam temubual yang dijalankan;-
  Puan Jizah Yusoff (informan 2)
                     S: Boleh puan ceritakan bila beliau mula belajar susuk?
   PJY : Masa beliau kecil beliau cakap beliau telah belajar susuk ayat daripada   ibunya, untuk bertujuan kelihatan cantik, perlindungan dirinya,penampilan diri agar sentiasa muda, selain itu beliau juga belajar daripada orang lain untuk kepentingan dirinya.
        S: Adakah Puan pernah melihat beliau mengamalkan susuk ayat?
    PJY: Pernah, tapi saya Nampak cara beliau memakai bedak dan cara menyikat rambut dengan cara yang berbeza dan dengan menggunakan ayat-ayat tertentu.
        S : Sudah berapa lama beliau mengamal?
    PJY : Sejak beliau berumur 14 tahun, sekarang umur beliau 81 tahun.
        S :  Ada tak pantang larang?
    PJY: Setahu saya sememangnya tiada pantang larang bagi susuk ayat yang telah    diamalkan oleh ibu saya.
S:  Apakah jenis susuk ayat untuk kecantikkan yang telah ibu puan belajar?
PJY: Jenis-jenis susuk ayat untuk kecantikkan yang telah beliau belajar bagi tujuan kecantikkan diri adalah susuk ayat cahaya bulan dan matahari, susuk ayat ini adalah untuk menyerlahkan kecantikkan diri beliau, pernah satu ketika dahulu ketika saya membawanya pergi berubat ustaz tersebut cakap dulu ibu saya kalau beliau keluar berjalan-jalan untuk bersiar-siar lelaki akan ikut kesan tapak kaki tempat beliau pijak ketika berjalan kerana terpukau dek kecantikkan  dirinya.
S: Maksud puan ilmu yang dipelajarinya mula memakan dirinya sendiri?
PJY: Ye, menurut pengamal perubatan Islam yang saya pergi, beliau cakap bahawa bila umur sudah lanjut usia sepatutnya ilmu itu dibuang dan tidak mengamalkannya lagi, namun kesilapan bagi ibu saya adalah beliau tidak mahu membuangnya dengan lebih awal dan kini beliau mengalami pelbagai masalah dari segi kesihatan.
S: Baiklah puan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual oleh saya bagi projek ini puan, assalamualaikum.
PJY: Sama-sama, waalaikumussalam.

                Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, jelas menunjukkan bertapa pentingnya untuk cantik bagi seorang wanita. Dalam temubual yang terdapat di atas Puan Jizah menjelaskan bahawa ibunya mempelajari ilmu susuk ayat bertujuan untuk kekal cantik dan menarik tanpa paksaan daripada sesiapa pun. Sepertimana yang telah dijelaskan oleh Puan Jizah, ibunya telah mengamalkan susuk dengan cara yang tertentu iaitu dengan bacaan yang tertentu samada semasa memakai bedak dan menyikat rambut. Selain itu dalam temubual itu juga beliau telah mendedahkan pengamalan susuk ayat oleh ibunya yang telah berlangsung sejak ibunya berusia 14 tahun lagi sehingga kini ibunya yang telah mencecah usia 81 tahun dan pengamalan susuk oleh ibunya tidak mempunyai sebarang pantang larang yang berkaitan semasa mengamalkannya. Selain itu antara jenis-jenis susuk yang telah beliau nyatakan untuk tujuan kecantikkan adalah susuk ayat cahaya bulan dan matahari, susuk ayat yang telah beliau nyatakan dalam temubual di atas adalah berfungsi sebagai penaik seri muka bagi pengamalnya itu, keserian wajah pada pengamal susuk ayat ini jelas sempurna berdasarkan apa yang telah dijelaskan oleh Puan Jizah tadi iaitu walau kemana pun ibunya pergi lelaki akan menurutinya kerana terpukau dengan kecantikkan dirinya itu. Dan menurut Puan Jizah lagi pengamalan susuk ayat juga menyebabkan kesan buruk andai diamalkan terlalu lama dan tidak dibuang sebelum umur meningkat tua, dan kesan buruknya mendapat pelbagai gangguan, gangguan dari segi kesihatan dan lain-lain lagi, sepertimana yang telah diperjelaskan oleh Puan Jizah.

temubual informan ke-2

Dalam temubual yang seterusnya adalah temubual yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap seorang bekas bidan kampung yang pernah mengamalkan susuk ayat untuk kelihatan cantik dan bagi mendapatkan perhatian lelaki selain untuk kelihatan cantik dan menyempurnakan wajahnya itu.
             Seterusnya adalah hasil temubual yang telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang seterusnya, informan yang ke lima ini juga turut mengandungi maklumat mengenai sebab-sebab pemakaian susuk iaitu dari segi kecantikkan diri bagi mendapatkan jodoh dengan cepat dan menarik perhatian lelaki yang memandangnya itu melalui temubual yang berikut;-
Informan 5.
S: Apakah sebab-sebab Puan mempelajari susuk ayat ini?
I.5: Dulu mak cik tidak disukai ramai lelaki kerana wajah mak cik tidak cantik, dan selain itu disebabkan wajah mak cik yang tidak cantik tidak ada lelaki yang terpikat dengan mak cik, disebabkan itu mak cik telah mempelajari susuk ayat ini untuk kelihatan cantik dan sempurna.
S: Setelah Puan mempelajari susuk ayat ini apakah kesan ketara yang puan dapat rasakan setelah mengamalkan susuk ayat ini?
I.5: Setelah mengamalkan susuk ayat ini ramai lelaki telah terpikat dengan mak cik, sebagai contohnya walaupun mak cik berdiri di seberang sungai pasti akan ada lelaki yang nampak dan terpikat dengan makcik, dan selain itu walau pun mak cik sedang membasuh kain mereka seolah-olah terpikat dengan gerak laku makcik. Pengamalan susuk ayat yang mak cik amalkan ini seolah-olah memberi satu aura yang kuat untuk menarik perhatian lelaki.
S: Sudah berapa lama mak cik mengamalkan susuk ayat ini?
I.5: Mak cik tak berapa ingat nak? Apa yang mak cik ingat mak cik mempelajari ilmu susuk ayat ini semasa mak cik berusia awal 20-an lagi, kalau mak cik tidak belajar susuk ayat ini sudah pasti mak cik tidak kawin-kawin lagi.
S: Ooooh, jadi sekarang ni umur mak cik sudah berapa tahun?
I.5: Mak cik sudah berusia 74 tahun nak,tapi pengamalan susuk ni mak cik dah lama berhenti mengamalkannya, mak cik dah buang semuanya.
S: Susuk ayat yang mak cik amalkan ini ada pantang larang tak?
I.5: Susuk ayat yang mak cik amalkan dulu tidak mempunyai pantang larang, susuk ayat ni Cuma bacaan sahaja tidak ada sebarang pantang larang.
              Dalam temubual yang telah dijalankan oleh pengkaji dengan informan ke lima tadi jelas menunjukkan sebab utama pemakaian susuk adalah untuk cantik, informan ke lima tadi juga turut menyatakan bahawa beliau tidak mendapat perhatian lelaki semasa beliau tidak mengamalkan apa-apa ilmu, namun setelah beliau mengamalkan susuk ayat ini dengan sekelip mata ramai lelaki yang menggilainya sehinggakan walau pun berdiri diseberang sungai masih ada lelaki yang akan perasan dengan kehadiran dirinya di situ. Dalam temubual yang telah dijalankan seperti di atas pengkaji telah mendapatkan maklumat pengamalan susuk ayat diusia muda lagi oleh informan ke lima itu. Pada pandangan informan dengan pernah mengamalkan susuk ayat tadi telah memberi peluang kepada beliau untuk berkahwin dan berkeluarga seperti sekarang dan seandainya beliau tidak mengamalkan susuk ayat ini beliau tidak dapat berkahwin, dan selain itu bagi beliau pengamalan susuk memberi satu kuasa ajaib untuk kelihatan cantik dan menawan.

Untuk perlindungan diri
 Susuk dan perlindungan diri, tidak semua mengetahui tentang fungsi susuk yang lain selain daripada untuk kecantikkan diri. Dari segi perlindungan diri susuk juga mempunyai fungsi untuk melindungi diri si pengamal daripada perkara-perkara buruk yang dapat berlaku pada diri mereka. Menerusi temubual yang seterusnya adalah mengenai fungsi susuk ayat untuk perlindungan diri bagi si pengamalnya.;-
Tengku Mad (informan 4)
S: Pak Mad, bolehkah saya bertanya tentang fungsi susuk yang lain selain daripada berfungsi sebagai mencantikkan seseorang pengamalnya?
TM: Baiklah, sebenarnya susuk bukan sahaja berfungsi sebagai untuk kecantikkan diri, tetapi susuk juga boleh menjadi salah satu senjata untuk pertahankan diri daripada musuh dan lain-lain perkara yang boleh membahayakan diri mereka. Sebagai contohnya ilmu jaga diri, ilmu ini adalah untuk perlindungan diri daripada diserang musuh, selalunya ilmu ini dipelajari oleh para pendekar pada zaman dahulu untuk melindungi diri mereka daripada musuh mereka semasa bertarung.
S: Adakah ilmu jaga diri ini juga turut dipelajari oleh wanita, yelah kan selalunya ilmu pendekar hanya untuk orang lelaki sahaja yang mempelajarinya.
TM: Tidak juga cik, untuk ilmu perlindungan diri wanita juga turut mempelajarinya untuk melindungi diri mereka daripada bahaya, adakalanya wanita mempelajari ilmu pendekar ini bertujuan untuk melawan suami mereka andai bertengkar, oleh disebabkan itu kebanyakkan wanita zaman dahulu selalu bernikah cerai dan perhubungan tidak kekal lama andai rasa tidak serasi, kebanyakkan wanita yang mengamalkan ilmu pendekar ini membuatkan suami mereka bertindak untuk menceraikan mereka kerana tidak dapat melawan mereka kerana kuasa para suami tidak mampu menandingi mereka(wanita).
S: Oh begitu, boleh Pak Mad memberikan contoh-contoh lain selain daripada golongan wanita Kelantan mempelajari ilmu pendekar ini melindungi diri mereka daripada suami mereka?
TM: Pernah ada pesakit yang datang untuk mengubati sakitnya dan menceritakan tentang kejadian di mana semasa beliau tinggal di Sempadan Thailand  untuk menoreh, sewaktu dia di sana beliau pernah ditembak di kepala namun tidak lut peluru dan beliau tidak mati apatah lagi tercedera, dalam kes beliau, beliau telah mempelajari ilmu tak lut peluru, dan kesannya semasa peluru itu hampir mengenai kepalanya peluru tersebut telah berkecai sebelum mengenai kepalanya. Dan begitulah kuatnya susuk ayat tersebut cik, apa saja bahayanya susuk ayat mampu melindungi diri daripada sebarang bahaya. Tapi cik orang perempuan zaman dahulu tidak fikir panjang pasal ilmu-ilmu susuk ayat ni asalkan ianya dapat memberi kepuasan kepada diri mereka dengan mengikut kehendak diri mereka tanpa timbal balik apa yang dipelajari mererka itu adalah perkara syirik yang menyekutukan Allah.
S:  Susuk ayat untuk perlindungan diri ada pantang larangnya tak Pak Mad?
TM: Bagi susuk ayat untuk perlindungan diri tiada pantang larang yang harus dipatuhi semasa mengamalkannya cik, terus baca manteranya sahaja semasa ingin mengamalkanya.
S: Apakah kesan-kesan bagi pengamal susuk ayat ini?
TM: Kesan yang paling buruk adalah kerosakkan akidah si pemakai, susuk ayat adalah haram dalam Islam, mengamalkan susuk ayat ibarat tidak yakin dengan kuasa Allah dan hanya yakin dengan kuasa lain selain Allah.
             Dalam temubual yang telah dijalankan di atas, Tengku Mad menjelaskan bukan golongan lelaki sahaja yang mempelajari ilmu pendekar atau ilmu untuk perlindungan diri, malahan kaum wanita juga turut mempelajari susuk ayat perlindungan diri sebagai contoh yang telah dinyatakan oleh Tengku Mad tadi adalah ilmu tak lut peluru dan ilmu jaga diri. Menurut Tengku Mad dalam temubual yang telah dijalankan orang zaman dahulu amat memerlukan ilmu susuk ayat untuk perlindungan diri ini bagi bertujuan untuk melindungi diri mereka daripada masalah mahupun bahaya yang tidak diingini  ini. Menurut Tengku Mad lagi susuk ayat perlindungan diri  ini turut antara yang diminati oleh kaum wanita Melayu untuk perlindungan diri mereka daripada bahaya dan tidak terdapat pantang larang yang harus dipatuhi.  Bagi wanita pada zaman dahulu mereka tidak peduli apa jua ilmu susuk ayat sama ada untuk kecantikkan mahupun perlindungan diri bagi mereka semua jenis ilmu penting untuk dipelajari akibat daripada kecetekan ilmu agama yang menyebabkan mereka terpesong kerana terlalu mengikut kehendak diri mereka sendiri tanpa berfikir sama ada ilmu yang dipelajari itu haram atau tidak haram.

Untuk melariskan perniagaan
Susuk ayat sebagai pelaris perniagaan, susuk ayat juga merupakan salah satu ayat untuk melariskan sebarang perniagaan, menurut penulis Razak Ibrahim dan Wan Noralin Yusuf menerusi buku mereka  yang telah diterbitkan pada 2005 yang bertajuk Kepercayaan Tahyul dan Bomoh, di dalam buku tersebut mereka telah menyatakan bahawa bagi para peniaga, sesetengahnya menjadikan sesuatu ilmu sebagai tempat sandaran untuk melariskan perniagaan mereka. Ini terjadi apabila sesebuah perniagaan itu mendapat saingan yang hebat daripada peniaga-peniaga lain sama ada jenis perniagaan yang sama atau  sebaliknya.  Pelaris menerusi susuk ayat biasanya tidak menjatuhkan atau menjejaskan perniagaan orang lain, cukup sekadar mendapatkan rezeki yang sama rata. Dengan cara ini, pesaing mereka juga boleh berkongsi rezeki yang sama. Menerusi temubual yang seterusnya pengkaji telah menemubual seorang mak andam yang merupakan bekas pengamal susuk ayat bagi bertujuan melariskan perniagaannya dengan mengamalkan susuk ayat kepada para pelangannya iaitu pengantin perempuan bagi bertujuan agar pengantin kelihatan berseri-seri;-
Informan 3.
S: Sejak bila mak cik mula mengamalkan susuk?
I3: Mak cik dah lama mengamalkan susuk semasa usia masih muda lagi.
S: Apa sebab mak cik mengamalkan susuk ayat ni?
I.3: Sebenarnya mak cik belajarnya untuk perniagaan mak cik sebagai mak andam.
S: Maksud mak cik susuk ayat berkaitan untuk perniaga mak cik?
I.3: Sebagai mak andam pada waktu dahulu ma cik pelajari susuk ayat semata-mata untuk melariskan perniagaan malahan untuk menolong menaikkan seri pengantin yang menggunakan khidmat mak cik.
S: Macam mana tu mak cik?
I.3: Pada zaman dahulu pengantin tidak memakai alat solek seperti sekarang, jadi kebanyakkannya menggunakan khidmat mak andam untuk menaikkan seri wajah mereka(pengantin wanita), jadi mak cik hanya membacakan bacaan susuk ayat untuk menaikkan seri wajah mereka.
S: Macam mana mak cik melakukannya?
I.3: Mula-mula mak cik meletakkan tangan mak cik di wajah pengantin iaitu semasa ingin mencukur kening dan kemudian mak cik bacakannya ayat untuk menaikkan seri wajah pengantin.
S: Berapa lama keserian wajah pengantin setelah dibacakan ayat susuk ayat itu mak cik?
I.3: Selalunya keserian wajah pengantin yang sudah dibaca susuk ayat mampu bertahan keseriannya sehingga 7 hari.
S: Oh begitu, jadi disebabkan ayat penaik seri yang mak cik gunakan kepada pengantin itulah yang menjadi salah satu daya penarik pelanggan untuk mendapatkan khidmat mak cik?
I.3: Ye begitulah nak, susuk ayat yang mak cik amalkan bukan sahaja penarik pelanggan mendapatkan khidmat mak cik malahan membantu pengantin menaikkan seri wajah.
             Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, informan 3 menyatakan susuk ayat yang diamalkan beliau bukan sahaja untuk menaikkan seri wajah pelanggan yang mendapatkan khidmatnya semasa hari pernikahan malahan susuk ayat yang diamalkan beliau menjadi salah satu daya penarik bagi menarik pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya semasa hari pernikahan. Susuk ayat yang diamalkan dalam dunia perniagaannya ternyata membuahkan hasil bila informan bukan sahaja mengamalkan susuk ayat untuk melariskan perniagaannya malahan memberikan bantuan dari segi kecantikkan buat pelanggannya yang bakal berkahwin agar berseri dihari perkahwinan mereka. Jelas dalam temubual yang dijalankan oleh pengkaji terhadap informan ke tiga itu bahawa susuk ayat juga boleh berfungsi sebagai pelaris perniagaan yang telah dijalankan oleh pengamal susuk ayat, selain daripada untuk kegunaan diri sendiri.

kesan-kesan pemakaian susuk ayat
-gangguan kesihatan
susuk ayat memberikan kesan buruk dan membahayakan dari segi kesihatan pengamalnya dan menyebabkan tiada ubat yang mampu mengubati dari segi kesihatan (kecuali dengan perubatan Islam) dan penyakit tidak dapat dikesan. Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang kajian dijalankan, kebanyakkan pengamal susuk ayat mengalami gangguan kesihatan yang teruk, sebagai contoh sakit pada bahagian perut, kepala, dada, kesakitan yang dialami oleh pengamal membuatkan mereka restless, mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam, dan adakalanya menjadi agresif secara tiba-tiba.

-akidah rosak
Dalam Islam akidah adalah perkara yang amat penting dan akidah dalam Islam adalah sebahagian daripada  iman kita sebagai seorang yang berpegang teguh pada tali Allah iaitu Islam, hancur akidah maka hancurlah iman kita sebagai Islam. Dalam pengamalan susuk ayat ianya sesungguhnya melibatkan akidah seseorang. Susuk ayat adalah sebahagian daripada sihir. Sihir adalah sebahagian daripada kesyirikkan kepada Allah. Diriwayatkan bahawa Imam Abu Hanifah telah berpendapat,”tukang sihir itu hendaklah dibunuh sekiranya diketahui dia mengamalkan sihir tanpa perlu diberikan peluang supaya bertaubat (istitabah). Dan tidaklah diterima dakwaannya,” saya telah meninggalkan sihir dan telah bertaubat.”  Sekiranya dia mengaku maka halallah darahnya, begitu juga hukumnya terhadap hamba yang muslim dan kafir zimmi sekirannya mereka membuat pengakuan mengamalkan sihir
Kata Ibn Syuja’, “maka dihukum terhadap pengamal sihir lelaki atau perempuan itu sebagai murtad.”

                 Menerusi buku Ancaman Sihir Dan Kejahatan Syaitan yang telah di tulis Amini Amir Bin Abdullah dan Al Zasha Illiyyin Bin Zainal Alam ini jelas menunjukkan bahawa pengamalan susuk ayat merupakan perkara yang merosakkan akidah. Dan jelas pengamalan susuk ayat ini sesuatu yang haram dan salah satu daripada dosa besar dan turut menunjukkan ketidakyakinan seseorang manusia terhadap kekuasaan Allah yang meliputi langit dan bumi yang dimana mereka lebih yakin dengan kekuasaan kuasa lain selain daripada Allah iaitu syaitan, Iblis, Jin dan lain-lain makhluk halus yang diciptakan oleh Allah.

-hubungan dengan masyarakat (dipandang serong)
Jikalau pada zaman dahulu golongan belia yang berkawan rapat dengan golongan warga emas sememangnya akan diajar sebarang ilmu yang bermanafaat pada diri mereka seperti ilmu perlindungan diri, susuk ayat, dan lain-lain ilmu yang dianggap berkuasa, namun pada zaman kini apabila masyarakat kian didedahkan dengan pelbagai ilmu agama menerusi televisyen, radio, serta lain-lain ceramah telah menyedarkan masyarakat tentang kerosakan sosial masyarakat berkaitan dengan ilmu yang haram di sisi agama Islam ini, dan bagi golongan yang mempelajari ilmu-ilmu sebegini kebanyakkannya dipandang serong masyarakat dan dianggap jijik berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan semasa menjalankan kajian ini. 

Jenis-jenis susuk ayat.

1-penimbul ghaib
2-cahaya bulan dan matahari
3-tepuk bantal
4-panggil roh
5-pengunci tubuh/asam garam
6-bedil tak lut
7-jaga suara

dan lain-lain lagi, ilmu susuk ayat terdapat lebih daripada 20 jenis , buat yang pernah mengamalkan susuk ayat ini seeloknya buang susuk tersebut terlebih awal sebelum usia menjengah 80 tahun ke atas kerana berdasarkan pemerhatian saya, apabila usia menjengah 80 tahun ke atas anda mengalami kesukaran untuk membuangnya kerana ianya telah sebati dalam diri dan menjadi darah daging (namun segalanya di tangan Allah, wallahualam)

hukum pengamalan susuk ayat
-HARAM!


p.s: nak cantik mudah, bermula dari hati dan kemudian cantik itu akan terserlah pada wajah ^_^, selain tu kita sebagai manusia sesungguhnya telah sempurna Allah ciptakan x perlu sebarang perubahan, apa yang penting jadi cantik di mata Allah ^_^

















Comments

  1. ini adalah hasil thesis saya mengenai ilmu susuk ayat yang di mana masih lagi diamalkan oleh segelintir wanita. hasil kajian ini bukan untuk memalukan sesiapa tetapi sebagai satu pengajaran buat semua.. selamat membaca.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana utk mengenalpasti sama ada wanita itu ada mwbgunakan susuk ayat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Parut kenangan dari si bulus...

Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik