Posts

Showing posts from October, 2018

Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik

Sekadar ingin berkongsi ^_^ Jangan berputus asa Kerana putus asa adalah keingkaran Barangkali saja dalam waktu yang dekat Allah akan memberikan kelapangan      Apakah anda pernah mendengar tentang wanita dari Juhaniyah yang tergelingcir jalan hidupnya kemudian dia berzina? Lalu dia mengingati Allah dan segera bertaubat kepadaNYA. Dia menghadap Rasulullah s.a.w agar segera dihukum rejam agar menjadi suci dari dosanya itu. Dia datang dalam keadaan hamil kerana berzina, seraya berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah melanggar satu hukum had, maka hukumilah aku!” kemudian Rasulullah s.a.w, memanggil walinya seraya berkata:”berlaku baiklah kepadanya. Bila dia telah melahirkan, maka bawalah dia kemari lagi.”     Akhirnya ketika wanita itu kembali lagi, Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar wanita itu direjam dan wanita itu mati kerana hukuman rejam tersebut. Setelah itu beliau solat atas jenazahnya. Melihat hal tersebut, Umar Radhiyallahu ‘anhu bertanya: “