Posts

Showing posts from May, 2014

petikan dari buku tika bidadari berbisik

APA  khabar wahai bidadari milik ALLAH S.W.T? Saya juga hanyalah insan seperti kalian. Seorang perempuan yang dilahirkan tanpa keistimewaan, hanya manusia biasa. Namun takdir yang dijalani tidak serupa seperti kalian. Manusia ini ditakdirkan dengan corak hidup yang berbezabeza. Meskipun pepohonan akar kita berbeza, insya-ALLAH di hujung ranting akan bertemu satu jalan yang sama. Kalian, Saya tidak bertuah seperti kalian yang dikurniakan ILAHI seorang suami dan permata-permata soleh dan solehah sebagai pewaris agama dan keturunan. Sangat cemburu rasa di hati melihat hadiah ALLAH S.W.T kepada kalian. Namun akhirnya saya meyakini kebahagiaan kalian di dunia ini adalah berbentuk demikian dan kebahagiaan yang saya terima adalah dengan cara yang berbeza. Saya beranggapan positif bahawa TUHAN belum lagi mengurniakan kebahagiaan mungkin kerana DIA terlalu menyayangi dan sedang memelihara saya. Mungkin pada suatu masa yang sesuai akan menyerahkan saya kepada lelaki yang terbaik mengikut