Posts

Showing posts from 2023

ADA APA DENGAN YAHUDI DAN ZIONIST PART 1

  PART 1 ADA APA DENGAN YAHUDI DAN ZIONIST. Apa itu Judais?    Judais adalah nama agama bagi bangsa Yahudi tidak kira di mana mereka tinggal. Agama Judais juga disebut sebagai Yehudah atau Yahedut oleh penganut mereka manakala dalam bahasa Latin ia disebut sebagai ludaismus.    Mengikut kepercayaan masyarakat Yahudi, agama Judais dibawa oleh Abraham (Nabi    Ibrahim A.S), bagi mereka Abraham dianggap bapa kepada seluruh keturunan Yahudi namun hakikatnya ia menyimpang dengan ahli sejarah.    Bagi mereka Abraham adalah pengasas Judais, tetapi kitab rasmi yang digunakan iaitu Kitab Taurat yang dibawa oleh Moses (Nabi Musa a.s). selain itu mereka juga berpegang pada Kitab Talmud yang dihasilkan oleh para rabbi-rabbi mereka. Kitab Talmud lebih luas penggunaanya kerana kitab tersebut mengandungi segala adat istiadat kehidupan seharian masyarakat Yahudi walaupun menyimpang daripada ajaran Nabi Musa a.s.    Penganut agama Judais telah terbahagi dan terpecah kepada beberapa puak men

Pakaian tradisional wanita Kelantan.

Image
  Pengenalan. Cik Siti Wan Kembang (1580-1677), adalah merupakan seorang pemerintah negeri yang bernama negeri serendah sekebun bunga cerang tagayong dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, beliau adalah puteri kepada Raja Ahmad, yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang 4 tahun, ayahndanya telah mangkat, setelah itu baginda telah digantikan dengan Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Raja Hussin. Beliau telah memerintah selama 26 tahun iaitu dari tahun 1584-1610. Cik Siti Wan Kembang diasuh oleh Raja Hussin sebagai puteri angkat. Raja Hussin telah mangkat pada tahun 1610, ketika itu Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang 30 tahun telah ditabalkan sebagai pemerintah negeri Kelantan. Baginda tidak bersuami. Dibawah pemerintahan negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang yang masuk berdagang ke negeri K