Pakaian tradisional wanita Kelantan.

 

Pengenalan.

Cik Siti Wan Kembang (1580-1677), adalah merupakan seorang pemerintah negeri yang bernama negeri serendah sekebun bunga cerang tagayong dengan gelaran Seri Maharaja Puteri. Mengikut sejarah tempatan, beliau adalah puteri kepada Raja Ahmad, yang Dipertua Kelantan dengan isterinya yang bernama Cik Banun, anak bongsu kepada Nara Diraja, seorang pembesar Kelantan. Semasa Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang 4 tahun, ayahndanya telah mangkat, setelah itu baginda telah digantikan dengan Raja Hussin dari Johor dengan gelaran Raja Hussin. Beliau telah memerintah selama 26 tahun iaitu dari tahun 1584-1610. Cik Siti Wan Kembang diasuh oleh Raja Hussin sebagai puteri angkat. Raja Hussin telah mangkat pada tahun 1610, ketika itu Cik Siti Wan Kembang berusia lebih kurang 30 tahun telah ditabalkan sebagai pemerintah negeri Kelantan. Baginda tidak bersuami. Dibawah pemerintahan negeri Kelantan bertambah maju dan terkenal sehingga ramailah pedagang yang masuk berdagang ke negeri Kelantan seperti dari china, india, dan arab.

 

 Definisi.

Definisi bagi busana atau pakaian adalah segala yang kita pakai dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Adapun pakaian yang dipkai setiap hari mempunyai dua fungsi besar iaitu pertama pakaian sebagai penutup tubuh dari gangguan cuaca, kedua pakaian untuk menunjukkan status si pemakai (status social.)

 

Pakaian  adalah satu budaya yang digunakan dalam kehidupan keseharian manusia, diciptakan atau dibuat dari bahan tekstil, melalui proses atau teknik menjahit pakaian itu sendiri. Sebagai peralatan seharian atau unsure benda budaya pakaian mempunyai dua fungsi, pertama pakaian sebagai mempermudahkan pergaulan (status social). Kedua pakaian sebagai melindungi manusia daripada cuaca sekelilingnya.

 

Proses atau pembuatan pakaian memerlukan keterampilan atau kemahiran yang melibatkan pengolahan bahan mentah, keterampilan dalam membentuk fungsi gunaan dan nilai estesis, unsure spiritual culture atau mental culture sebagai inti daripada keseluruhan makna kebudayaan. Oleh itu pakaian tidak sahaja berfungsi untuk melindungi diri dari alam sekitar, tetapi juga membawa nilai kesopanan dan membawa nilai simbolis.

 

Kaedah kajian.

Antara kaedah kajian yang telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat adalah penting bagi memperolehi maklumat sebanyak mungkin bagi kajian ini antara kaedah kajian yang telah dijalankan bagi memperoleh maklumat adalah seperti berikut iaitu,melalui internet, bahan-bahan bacaan ilmiah dan lain-lain.

 

Internet.

Segala maklumat yang diperoleh melalui internet telah diteliti dan dikenal pasti merupakan maklumat yang betul dan menepati dengan tajuk yang dikaji iaitu berkaitan dengan pakaian tradisional wanita Kelantan.

 

Bahan bacaan.

Selain internet bahan bacaan juga memainkan peranan penting dalam menjalankan sesuatu kajian bagi mendapatkan banyak maklumat dari pelbagai sumber, antaranya sebagai contoh majalah-majalah ilmiah, buku-buku, dan akhbar-akhbar.

 

Lain-lain kaedah.

 Antara kaedah-kaedah lain yang digunakan bagi mendapatkan maklumat untuk kajian ini adalah seperti temubual dan lain-lain setelah itu meneliti segala maklumat yang diperoleh daripada temubual yang dijalankan .

 

Busana atau pakaian tradisonal wanita Kelantan.

 Bagi busana negeri Kelantan menyaksikan keindahan pakaian yang telah dipakai oleh pemerintahnya di dalam kurun ke-17 iaiti cik siti wan kembang yang tetap anggun dan manis dipakai kaum wanita Kelantan. Menggunakan 3 helai kain, sehelai kain songket dipakai pada pinggang. Sehelai kain sutera panjang dibelit di dada sebagai kemban, sehelai kain selendang songket panjang dilampaikan di bahu dan di perindahkan lagi dengan perhiasan gerek seperti cucuk sanggul, dokoh, pending, tali pinggang dan gelang tangan.

 

3 helai kain.

3 helai kain yang digunakan dalam pemakaian tradisional wanita melayu Kelantan adalah seperti berikut iaitu kain songket yang dipakai adalah untuk dipakai pada bahagian pinggang si pemakai supaya kelihatan kemas dan menarik, manakala bagi kain sutera panjang pula dibelitkan pada bahagian dada sebagai kemban dan menutupi bahagian dada daripada terdedah, dan akhir sekali kain selendang songket dipakai pada bahagian bahu bagi menutupi bahagian bahu si pemakai.

 

Perhiasan.

Dalam pemakaian tradisional wanita Kelantan adalah kurang sempurna tanpa perhiasan pada diri, antara barang perhiasan yang sering dipakai bersama pakaian tradisional adalah seperti berikut iaitu cucuk sanggul, memainkan peranan penting bagi mengikat kemas rambut agar tidak terburai, manakala tali pinggang pula agar ikatan kain pada pinggang menjadi kemas dan menarik, seterusnya gelang tangan, perhiasan gelang tangan adalah sesuatu yang wajib bagi wanita bagi menampakkan kemewahan diri wanita. Segala perhiasan ini mempunyai pelbagai corak yang menarik iaitu corak-corak flora seperti bunga-bungaan dan lain-lain lagi.

cucuk sanggul


tali pinggang


gelang tangan


 

 Simbolik pada pakaian tradisional wanita Kelantan.

 Pakaian tradisional wanita melayu Kelantan mempunyai keunikannya yang tersendiri iaitu kerana mempunyai simbolik kepada warisan budaya serivijya di setiap balutan kain pada tubuh memperlihatkan kesinambungan pengaruh dua unsur utama yang menyerap masuk melalui perkembangan sejarah dan budaya.

 Selain itu pakaian wanita Kelantan juga mempunyai simbolik kepada status mereka sendiri dari segi social mereka sama ada dari kalangan rakyat mahupun golongan yang mempunyai pangkat dan kaya raya. Selain itu, busana wanita Kelantan juga mempunyai unsur simbolik budaya dari Siam, keadaan ini telah menjadikan pakaian tradisional wanita Kelantan mempunyai keunikan yang tersendiri dan keindahannya sendiri melalui aksesori yang dipakai dan jenis kain yang digunakan untuk dipakai.

 Dalam pakaian wanita Kelantan juga mempunyai motif-motif flora seperti motif teluk berantai. Memakai selendang songket lepas ditenun sarat benang emas motif pucuk rebung dan bunga tanjung, keadaan ini menunjukkan keistimewaan pakaian tradisional wanita Kelantan selain itu segala keindahan pakaian tradisional ini juga turut di hiasi dengan aksesori seperti aksesori leher yang dihiasi dokoh dan memakai tali pinggang, pending serta sanggul berjurai. Selain itu turut diperindahkan lagi dengan siba layang dan dendek menghiasi dahi.

 

Corak atau motif pada pakaian tradisional wanita Kelantan.

 

Motif flora.

Tumbuh-tumbuhan adalah merupakan motif yang paling diminati, antara motif  flora yang digunakan ialah pucuk rebung, bunga kenanga, cempaka, melur dan bunga matahari. Bunga, pucuk, kudup, putik, daun dan ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang menarik. Terdapat pelbagai fungsi motif unsure flora, antaranya ialah untuk menghiasi bahagian kepala kain dan kaki kain, menghiasi badan batik sarong dan untuk menghiasi kain batik ela.

motif flora


 

Motif geometri.

Motif geometri juga turut digunakan menggunakan susunan mereng atau lereng. Motif utama corak ini ialah parang yang dihubungkaitkan dengan peperangan dan semangat kepahlawanan. Motif parang rosak hanya dikhususkan untuk golongan istana. Corak motif parang ini disusun secara mereng pada semua permukaan kain sehingga Nampak seolah-olah berjalur mereng.


 

motif geometri



Kesimpulan. 

Kesimpulannya, busana atau pakaian adalah merupakan satu seni warisan yang sangat teristimewa kerana keunikan jenis kain yang digunakan bukan sebarangan kain malahan pakaian juga membawa simbolik tentang sesuatu budaya dan seni warisan yang tersendiri. Dan selain itu melalui pakaian juga turut mempunyai simbolik kepada status seseorang dalam masyarakat pada ketika dahulu. Segala keunikan yang terdapat pada pakaian tradisional menjadi ikutan pada zaman dahulu dan sehingga kini kerana daya tarikan yang istimewa.

Kini pakaian tradisional ini kembali wujud dengan reka bentuk yang tampak lebih menarik dan unik namun keunikan reka bentuk terdahulu dan ciri warisannya masih dikekalkan sehingga kini walaupun telah diberikan dengan nafas baru bagi generasi kini, sesungguhnya pakaian tradisional tidak akan sesekali lupus.

 

 


Comments

Popular posts from this blog

Parut kenangan dari si bulus...

Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik

pengamalan susuk ayat dikalangan wanita Melayu