Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik




Sekadar ingin berkongsi ^_^

Jangan berputus asa
Kerana putus asa adalah keingkaran
Barangkali saja dalam waktu yang dekat
Allah akan memberikan kelapangan

     Apakah anda pernah mendengar tentang wanita dari Juhaniyah yang tergelingcir jalan hidupnya kemudian dia berzina? Lalu dia mengingati Allah dan segera bertaubat kepadaNYA. Dia menghadap Rasulullah s.a.w agar segera dihukum rejam agar menjadi suci dari dosanya itu. Dia datang dalam keadaan hamil kerana berzina, seraya berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah melanggar satu hukum had, maka hukumilah aku!” kemudian Rasulullah s.a.w, memanggil walinya seraya berkata:”berlaku baiklah kepadanya. Bila dia telah melahirkan, maka bawalah dia kemari lagi.”

    Akhirnya ketika wanita itu kembali lagi, Rasulullah s.a.w pun memerintahkan agar wanita itu direjam dan wanita itu mati kerana hukuman rejam tersebut. Setelah itu beliau solat atas jenazahnya. Melihat hal tersebut, Umar Radhiyallahu ‘anhu bertanya: “Apakah engkau solat atas dia padahal ia telah berbuat zina?” beliau menjawab: Sesungguhnya iatelah bertaubat yang jika (pahala) taubatnya dibahagi untuk tujuh puluh orang penduduk Madinah, nescaya akan mencukupinya. Apakah engkau menemukan yang lebih baik daripada penyerahan jiwa kepada Allah?”

     Sesungguhnya apa yang telah dilakukannya terdorongoleh kekuatan imannya sehingga membuatnya berani membersihkan diri dan memilih pahala dikemudian hari daripada kesenangan yang segera, seandainya dia seorang wanita yang tidak kuat imannya, nescaya tidak akan memilih mati melalui hukuman rejam. Barangkali ada yang akan bertanya: “ mengapa dia sampai berbuat zina, padahal tiada yang melakukannya, kecuali hanya orang yang lemah imannya?” sebagai jawapannya, dapat dikatakan bahawa sesungguhnya manusia itu adakalanya lemah sehingga terjerumus ke dalam perbuatan yang dilarang, sebab dia memang diciptakan dalam keadaan lemah.

     Namun ketika benih keimanan tumbuh dalam hatinya dan menjadi pohon rendang yang akar-akar tertancap kuat, ia akan menampakkan kemurnian dan keyakinan yang kuat. Hal itulah yang mendorong wanita ini segera menghadap Rasulullah s.a.w untuk memohon agar dirinya disucikan. Dan dia telah berjaya menyucikan rohnya demi menggapai redhaNYA , rahmatNya, dan keampunanNya.

Comments

Popular posts from this blog

Parut kenangan dari si bulus...

pengamalan susuk ayat dikalangan wanita Melayu