Posts

Showing posts from March, 2014

4 malaikat yang memiliki tingkatan di sisi Allah

Israfil Adalah malaikat yang pertama kali sujud kepada Adam. Dia adalah pemilik sangkakala yang jika ditiup, maka nyawa-nyawa akan kembali ke tubuh masing-masing dan orang mati akan hidup kembali. Dia disebut juga sebagai pemanggil orang-orang mati seraya berkata ."Wahai orang-orang yang telah hancur, bangkitlah kamu!". Maka, mereka pun bangkitlah. Jibrail Adalah malaikat yang dijuluki dengan kepercayaan Allah (Aminullah). juga disebut dengan "Waliyu al-Anbiya" kerana dia adalah penyampai wahyu Allah kepada para nabi dan menjauhkan daripada musuh-musuh mereka. ia disebut juga dengan "Roh al-Quds" yang bermaksud aroma wangi (kehadirannya diketahui) serta memberikan kehidupan. Tempatnya adalah di "Shidratu al-Muntaha". Mikhail Adalah malaikat terdekat yang membawa berkat. Dia dipanggil pembahagi rezeki kerana tugasnya membahagikan rezeki kepada hamba-hambaNya. Izrail Adalah malaikat mulia(agung) yang mendapat tugas daripada Allah unt