TEKS PROSA RAKYAT (CERITA RAKYAT) GUNUNG RENG.

TEKS PROSA RAKYAT (CERITA RAKYAT) GUNUNG RENG.
Gunung Reng adalah merupakan sebuah gunung yang terletak di sebuah kampong yang bernama Kampung Gunong, Jeli, Kelantan Darul Naim.Gunung Reng kini dikenali sebagai salah satu tempat pelancongan setelah diiktiraf pada tahun 2008 dan kini menjadi salah satu daya tarikkan kepada para pelancong luar yang datang ke negeri Kelantan.

peta ke Gunung Reng

Seperti yang kita selalu tahu setiap tempat atau kawasan mempunyai sejarah mereka yang tersendiri dan istimewa yang di mana mempunyai pelbagai pengajaran dan tauladan kepada orang lain sehingga kini. Begitulah juga keadaannya bagi Gunung Reng, Gunung Reng bukan sekadar tempat pelancongan yang telah diiktiraf semata-mata tetapi Gunung Reng mempunyai ceritanya sendiri yang dimana dianggap penuh istimewa dan bersejarah bagi tempat itu sendiri.
Sejarah bermula apabila tapak Gunung Reng pada asalnya adalah merupakan sebuah kampung yang diberi nama Kampung Tala. Kampung Tala telah dibuka oleh Tok Tadoh yang berketurunan Pulang Hari Dari Jawa kira-kira 1,400 tahun dahulu kala,. Sejarah kampung Tala bermula apabila kononnya diceritakan Ketua Kampung Tala pada ketika itu telah melangsungkan dan dengan secara besar besarannya mengadakan sebuah kenduri yang dihadiri oleh ramai orang, kenduri yang telah diadakan secara besar-besaran itu telah berlangsung selama tujuh hari tujuh malam, dalam majlis tersebut terdapatnya pelbagai permainan yang mengujakan orang ramai dan menghiburkan mereka.

Setelah selama tujuh hari tujuh malam majlis tersebut telah berlangsung dengan gahnya dengan semua jenis permainan telah dilangsungkan dan dimainkan oleh para penduduk kampung tersebut iaitu Kampung Tala. Sebagai untuk menutup majlis kenduri yang telah diadakan secara besar-besaran itu  para penduduk kampung telah bermesyuarat dan kesemua mereka telah bersetuju untuk mengadakan satu lagi pertandingan sebagai penutup majlis iaitu dengan mengadakan pertandingan memperlagakan anjing dan kucing diatas bumbung rumah mereka.
Pada waktu itu semasa pertandingan diadakan ialah pada waktu Zohor dan kedua-dua binatang ini telah dilagakan di atas bumbung rumah mereka. Sewaktu peristiwa pertandingan melagakan binatang ini dilangsungkan, telah berlakunya ribut dan taufan dengan disertakan dengan hujan yang sangat lebat dan menakutkan.
Semasa ribut dan taufan itu sedang melanda seorang perempuan tua dan seorang cucunya telah berlari ke kampung yang berhampiran yang bernama Kampung Gantung untuk mengangkut padi yang telah mereka jemur, setelah selesai memunggah segala padi yang telah dijemur mereka, ribut taufan yang telah berlaku dengan teruknya tadi telah berhenti.
Setelah selesai mengerjakan kerja mereka perempuan tua dan cucunya telah kembali semula ke Kampung Tala tadi, namun alangkah terkejutnya perempuan tua dan cucunya apabila melihat Kampung Tala telah ditutupi dengan sebuah gunung yang sangat besar dan telah melenyapkan sama sekali Kampung Tala tersebut.

Peristiwa yang berlaku itu dan gunung yang telah menghempap kampung Tala dipercayai sebuah gunung yang pada asalnya terletak di Hulu Sungai Reng.Yang pada waktu ketika itu perlu mengambil masa selama tiga hari dua malam perjalanan iaitu di sempadan Kelantan/ Perak.
Dan kini tempat asal gunung yang telah menghempap kampung Tala tersebut kini telah menjadi kolam. Nama gunung Reng telah diambil sempena nama sungai maka gunung ini telah dinamakan Gunung Reng. Gunung Reng mempunyai gua-gua kecil yang bercorak bilik-bilik seperti Gua Bedak, Gua Payung, Gua Kaca, Gua Rimau , dan Gua Batak. Melalui pintu besar Gunung Reng ini ialah Gua Payong, boleh masuk melalui lorong dalam gua ke bilik-bilik serta ke anjung sehingga ke puncak Gunung Reng.
Disebabkan cerita disebalik Gunung Reng telah Menjadikan Gunung Reng salah sebuah tempat pelancongan bagi negeri Kelantan, dan ceritanya kini masih diceritakan sehingga kini oleh masyarakat setempat.


                                                      pemandangan di luar Gunung RENG.



                                          
                                                       suasana di dalam Gunung Reng.













Pengenalan.
Perkataan sastera merupakan berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘castra’. Susastera pula bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu su indah, baik,lebih berfaedah. Manakala maksud bagi prosa rakyat pula ialah prosa yang boleh ditakrifkan sebagai salah satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita naratif .oleh hal yang demikian karya-karya kesusasteraan melayu yang panjang sama ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa. Prosa rakyat yang telah dipilih ialah kisah Gunung Reng yang dimana terletak di Jeli, Kelantan.Gunung Reng mempunyai cerita yang tersendiri iaitu cerita tentang pembalasan Tuhan di atas kekejaman yang berlaku yang dimana mampu menjadi salah satu prosa rakyat.
Kaedah kajian/ metodologi kajian.
Antara kaedah kajian yang telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat tentang kajian ini ialah ;-
1-melalui kaedah temubual, dengan menemubual penduduk tempatan tentang peristiwa yang telah berlaku.
2-kaedah yang seterusnya ialah melalui rujukan rujukan buku yang terdapat dipasaran kini untuk memudahkan kerja-kerja mendapatkan maklumat.
3-kaedah yang seterusnya ialah pergi melawat ke tempat kajian di Gunung Reng untuk mendapatkan maklumat dengan lanjut dan mengambil gambar tempat.
4-kaedah yang lain ialah dengan melayari internet untuk mendapatkan maklumat.


Tema.
Dalam cerita Gunung Reng tema yang telah dibawa oleh cerita rakyat tersebut ialah bertemakan balasan Tuhan ke atas kezaliman yang telah dilakukan oleh manusia yang telah berlaku zalim.Tema ini dapat lihat dimana penduduk Kampung Tala yang telah melakukan kezaliman ke atas binatang dengan melaga-lagakan binatang tersebut semasa melangsungkan kenduri di Kampung Tala tersebut dan yang kemudiannya telah dilaknat oleh Allah dengan sebuah gunung telah dihempapkan ke atas Kampung Tala tersebut.
Persoalan.
dalam setiap prosa rakyat sentiasa terdapat persoalan-persoalan dalam cerita yang telah di sampaikan, dan bagi cerita Gunung Reng juga turut terdapat persoalan-persoalan yang tersendiri disebabkan ceritanya yang tersendiri, antara persoalan-persoalan yang terdapat dalam cerita Gunung Reng ialah;-
kezaliman.
Persoalan kezaliman ini dapat dilihat daripada peristiwa di mana para penduduk Kampung Tala telah bermesyuarat sesama mereka dan telah merancang untuk mengadakan majlis penutup bagi majlis yang telah berlangsung di Kampung Tala tersebut, selepas selama tujuh hari tujuh malam tersebut mereka telah mengadakan majlis melagakan binatang sebagai majlis penutup kenduri kampung Tala tersebut, antara binatang yang telah menjadi mangsa dalam majlis perlagaan binatang tersebut ialah anjing dan kucing.

Kerajinan.
Persoalan kedua ini dapat dilihat daripada sikap rajin perempuan tua dan cucunya yang dimana telah bertungkus lumus mengangkut padi mereka yang telah dijemur di kampung sebelah semasa berlakunya ribut taufan ketika itu kerana bimbang hasil padi mereka yang telah dijemur itu rosak disebabkan rebut tersebut.
Pembalasan akibat daripada kelakuan zalim.
Persoalan ini dapat dilihat daripada peristiwa pembalasan Tuhan terhadap penduduk Kampung Tala yang dimana telah dilaknat oleh Tuhan dengan dihempap sebuah Gunung, disebabkan kelakuan mereka yang tidak berperikemanusiaan dengan berlaku zalim terhadap binatang dengan melakukan aktiviti melaga-lagakan binatang seperti melagakan anjing dengan kucing.
Kerjasama.
Persoalan kerjasama ini dapat dilihat daripada sikap penduduk Kampung Tala yang berkerjasama antara satu sama lain bagi menjayakankenduri atau majlis yang telah diadakan selama tujuh hari tujuh malam tersebut, selain itu persoalan ini juga dapat dilihat daripada sikap cucu perempuan tua yang berkerjasama membantu neneknya iaitu perempuan tua mengangkut jemuran padi mereka di kampung sebelah semasa berlakunya ribut taufan.

Mesej.
Prosa rakyat Gunung Reng telah membawa pelbagai mesej yang sangat berguna bagi masyarakat kini yang dianggap penuh pengajaran dan tauladan. Antara mesej-mesej yang terdapat dalam prosa rakyat Gunung Reng yang dapat kita ketahui ialah;-
Jangan berlaku zalim.
Mesej ini dapat dilihat daripada perbuatan dan kelakuan para penduduk Kampung Tala yang begitu tidak berhati perut kerana telah melakukan perbuatan kejam dengan membuat pertandingan melagakan binatang semasa kenduri yang telah diadakan di Kampung Tala sebagai aktiviti penutup untuk kenduri tersebut setelah berlangsung selama tujuh hari tujuh malam.
Saling berkerjasama.
Mesej saling berkerjasama ini dapat dilihat daripada sikap penduduk kampung Tala yang saling bekerjasama semasa berlangsungnya kenduri selama tujuh hari dan tujuh malam di Kampung Tala tersebut, selain itu, mesej ini juga dapat dilihat daripada sikap seorang perempuan tua dan cucunya yang saling bantu membantu mengangkut padi yang telah dijemur semasa berlakunya ribut taufan.
Tidak mementingkan diri sendiri.
Mesej ini dapat dilihat daripada sikap dan perwatakan cucu kepada perempuan tua yang tidak bersikap mementingkan dirinya sendiri, cucu perempuan tua itu telah membantu neneknya iaitu perempuan tua mengangkut padi jemuran mereka semasa berlakunya ribut taufan pada ketika itu.

Hubungan baik silaturrahim.
Mesej ini dapat kita lihat apabila Kampung Tala mengadakan kenduri yang bertujuan untuk mnegratkan hubungan para penduduk Kampung Tala. Tok ketua Kampung Tala telah mengadakan kenduri secara besar-besaran selama tujuh hari dan tujuh malam di Kampung Tala tersebut yang bukan sahaja bertujuan untuk  bersuka ria tetapi tujuan majlis itu diadakan bertujuan untuk mnegeratkan hubungan silaturrahim para penduduk Kampung Tala.


Pengajaran.
Pengajaran adalah sesuatu yang mendidik masyarakat agar berkelakuan dengan lebih baik dari biasa, dalam prosa rakyat Gunung Reng terdapat pelbagai pengajaran yang mampu mendidik masyarakat kita kini. Antara pengajaran yang dapat kita lihat dalam prosa rakyat Gunung Reng ialah;-
Jangan belaku zalim terhadap binatang.
Pengajaran ini dapat dilihat daripada sikap penduduk Kampung Tala yang telah bertindak zalim dengan binatang, dimana mereka telah meganjurkan pertandingan melaga binatang contohnya melagakan anjing dan kucing. Oleh disebabkan tindakan kejam mereka itu Tuhan telah menjatuhkan laknat kepada mereka dengan menghempapkan sebuah gunung ke atas Kampung Tala, dan akhirnya Kampung Tala lenyap sama sekali dalam sekelip mata.
Sentiasa berhubungan baik dengan orang lain.
Pengajaran ini dapat dilihat daripada sikap penduduk Kampung Tala yang sentiasa berhubungan baik sesama mereka dan saling bekerjasama semasa menjayakan kenduri yang telah diadakan selama tujuh hari dan tujuh malam di Kampung Tala tersebut.Disebabkan sikap mereka tersebut majlis kenduri itu berlangsung dengan baik dan mendapat perhatian ramai orang.
Sentiasa menghormati orang tua dan membantu mereka.
Pengajaran ini dapat dilihat daripada watak cucu perempuan tua yang dimana beliau telah membantu neneknya iaitu perempuan tua mengangkut padi yang telah mereka jemur di kampung sebelah semasa berlakunya ribut taufan.

Kezaliman akan mendapat balasan.
Pengajaran ini dapat dilihat daripada pembalasan Tuhan ke atas Kampung Tala yang dimana telah berkelakuan zalim dan tidak berperikemanusiaan ke atas binatang dengan melaga-lagakan binatang semasa kenduri yang telah diadakan di Kampung Tala tersebut. Dan disebabkan tidak tanduk mereka itu Tuhan telah melaknatkan mereka dengan menghempap sebuah gunung terhadap Kampung Tala semasa kenduri itu sedang berlangsung, dan disebabkan peristiwa itu Kampung Tala telah lenyap sama sekali.


Watak perwatakan.
Prosa Gunung Reng mempunyai pelbagai watak yang berlainan perwatakan mereka. Antara watak-watak yang terdapat dalam prosa rakyat Gunung Reng ialah;-
Tok Ketua, Ketua Kampung Tala.
Tok Ketua Kampung Tala telah memainkan peranan penting dalam memerintah Kampung Tala dan mencadangkan agar kampung tersebut mengadakan kenduri-kendara selama tujuh hari tujuh malam.
Perempuan tua.
Watak perempuan tua yang digambarkan seorang yang sangat tua, watak perempuan tua digambarkan seorang yang sangat rajin, hal ini dapat dilihat daripada peristiwa di mana beliau telah pergi ke kampung sebelah untuk mengangkat padi jemurannya kerana dibimbangi dibasahi oleh hujan kerana pada ketika itu berlakunya ribut taufan.
Cucu perempuan tua.
Watak cucu perempuan tua digambarkan sebagai seorang budak yang rajin dan suka menolong orang tua, hal ini dapat dilihat daripada perwatakannya yang telah membantu neneknya iaitu perempuan tua mengangkat padi jemuran di kampung sebelah semasa hujan ribut.
Penduduk kampung.
Penduduk kampung digambarkan berperwatakan sebagai penduduk yang suka bekerjasama dan saling bantu membantu, hal ini dapat dilihat daripada sikap mereka yang suka bergotong-royong untuk menjayakan kenduri yang telah diadakan di Kampung Tala. Selain itu, perwatakan yang lain yang dapat dilihat ialah penduduk kampung Tala di gambarkan sebagai tidak berhati perut kerana telah melakukan kezaliman terhadap binatang iaitu dengan mengadakan pertandingan melaga anjing dan kucing.

Fungsi karya.
Sejak zaman dahulu kesemua karya kesusateraan mempunyai fungsinya yang tersendiri terutamanya dari segi komunikasi, pendidikan dan lain-lain lagi, segala bentuk atau jenis sastera yang terhasil telah membawa pelbagai fungsi dan dipercayai telah banyak memberi manafaat kepada masyarakat dari dahulu hingga kini.Selain itu setiap karya yang terhasil telah Berjaya menjadi salah satu alat untuk mendidik masyarakat sejak dahulu.
Dalam karya prosa rakyat Gunung Reng ini ianya telah membawa fungsi sebagai pendidikan.Hal ini dapat dilihat daripada setiap perkara yang telah berlaku dan akibat daripada perbuatan yang telah dilakukan, ini bermakna setiap perbuatan yang kita lakukan mempunyai risiko dan akibatnya.Contohnya dapat dilihat daripada peristiwa dalam prosa rakyat Gunung Reng ini yang di mana semua penduduk Kampun Tala telah berlaku kejam terhadap binatang dan pada akhirnya mereka telah dilaknat Tuhan sebagai balasan disebabkan kelakuan dan perbuatan mereka.
Fungsi yang seterusnya yang dapat dilihat dalam karya ini  ialah, fungsi komunikasi. Hal ini dapat dilihat daripada setiap peristwa yang berlaku dalam penceritaan cerita ini membawa pelbagai maksud dan umpama kiasan kepada masyarakat. Contohnya dapat dilihat daripada peristiwa dimana para penduduk Kampung Tala yang telah berlaku kejam terhadap makhluk lain dan telah dilaknat Tuhan, hal ini membawa maksud bahawa kita jangan sesekali berlaku jahat terhadap makhluk lain dan akibatnya sangat teruk kerana berkelakuan sedemikian, bak kata pepatah melayu ‘kerana mulut badan binasa’.


Fungsi yang akhir sekali yang dapat kita lihat ialah, prosa rakyat Gunung Reng ini juga berfungsi sebagai alat hiburan kepada masyarakat.Pada waktu dahulu prosa rakyat dan lain-lain karya sastera adalah alat hiburan orang ramai pada waktu selepas penat bekerja di sawah.
Penceritaan dalam Gunung Reng ini membawa pelbagai pengajaran dan mesej yang dimana bukan sahaja mampu mendidik masyarakat tetapi turut boleh dijadikan hiburan yang sangat bermakna kepada masyarakat dahulu dan kini.Contohnya dapat dilihat daripada penceritaan dalam Gunung Reng yang dimana menceritakan aktiviti masyarakat zaman dahulu pada waktu lapang bagi menghilangkan rasa bosan mereka.Penceritaan-penceritaan ini dapat menghiburkan masyarakat kini kerana pelbagai aktiviti masyarakat zaman dahulu yang tidak pernah di alami masyarakat kini yang dianggap pelik dan tidak masuk akal, penceritaan-penceritaan sebegini dianggap sebagai hiburan bagi masyarakat sekarang.
Kesimpulan.
Kesimpulannya, cerita Gunung Reng adalah merupakan satu cerita yang menarik dan istimewa kerana membawa pelbagai pengajaran dan tauladan kepada masyarakat selain daripada tentang kekuasaan Tuhan di atas perbuatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.Kesusasteraan membawa pelbagai ilmu yang berguna dan mendidik masyarakat agar menjadi yang lebih baik.


Comments

Popular posts from this blog

Parut kenangan dari si bulus...

Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik

pengamalan susuk ayat dikalangan wanita Melayu