Manikam ke-5- Tumpukan dirimu pada apa yang ada sekarang! Buku tika bidadari berbisik

Gelapnya malam pasti akan tersingkap
maka janganlah engkau takut 
sebentar lagi fajar akan muncul
dengan perhiasannya yang cerah.

Tiada gunanya menampar pipi dan merobek-robek poket baju sebagai ungkapan kecewa ketika kehilangan apa yang kita cintai? tiada gunanya mengingati kembali peristiwa yang telah ditelan zaman yang pada akhirnya akan menambah parah lagi kesedihannya dan makin menyeksakan kalbunya

      Seandainya tangan kita boleh menggapai apa yang telah terjadi di masa lalu, boleh mengubah apa yang tidak kita sukai menjadi sesuatu yang kita senangi, maka kitab harus kembali ke masa lalu dan kita mungkin akan berebut menjemputnya. kemudian kita menghapuskan segala perkara yang kita sesali, dan melipatgandakan kebaikan kita yang masih kurang. Namun, sesungguhnya perkara itu menjadi mustahil. Maka yang terbaik bagi kita adalah memulakan hari-hari dan malam-malam yang baru kerana di dalamnya kita dapat menggantikan yang telah lampau.

     Berikut ini apa yang diingatkan oleh Al-Quran sesudah peristiwa perang Uhud ditujukan kepada mereka yang menangisi para syuhada yang telah gugur dan menyesali diri mereka kerana ikut ke medan peperangan:

........katakanlah: "sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu pastinya keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh.".....(Surah Ali-'Imran: Ayat 154)

petikan dari buku "Jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia.."

Comments

Popular posts from this blog

Parut kenangan dari si bulus...

Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik

pengamalan susuk ayat dikalangan wanita Melayu