Sumbangan tokoh Islam - Sulayman al-Mahri


Sulayman al-Mahri hidup dalam pertengahan awal abad ke-10 H/16M dan berasal dari Arab Selatan, iaitu Maharan, Handramaut. Beliau telah membuat pengembaraan di hampir semua lautan yang terkenal di dunia dan telah membuat penulisan mengenai pengembaraannya dalam beberapa risalah, penulisan berkenaan pengalamannya dilakukan pada permulaan abad ke 16M.

    Lautan pertama beliau lalui bermula dari Lautan Hindi melalui sepanjang Lautan Pasifik, Selat Bering, Lautan Artik, Lautan Atlantik dan memasuki Mediterranean melalui Selat Gibraltar. Laluan pelayaran lain beliau bermula dari Lautan Hindi dan terus ke pantai Habsyah, Mozambique, Tanjung Harapan, melalui Lautan Atlantik , kemudian memasuki Mediterranean hingga ke selatan Gibraltar (Jabal Tariq).

     Beliau telah menulis 5 risalah penting yang mengandungi maklumat tentang nautikal, sains, bintang, planet, laluan laut, pergerakan angin dan tanah pantai, iaitu:-

a) Qiladat al-Shumus fi'ilm at-Tarikh
b)Kitab Tuhfat al-Fuhul fi Tamhid al-usul
c)Al-Umat al-Mahriyah fi Dabt al-Ulum al-Bahriyah
d)Kitab al-minhaj al-Fakhir fi'ilm al-Bahr al-Zakhir
e)Kitab Sharh Tuhfat al-Fuhul fi Tamhid al-Usul

Sulayman al-Mahri bukan sahaja seorang pengembara yang terkenal dan telah mengembara jauh serta menerokai perjalanan laut, bahkan beliau juga telah memberikan sumbangan yang amat berguna dalam ilmu pengetahuan tentang astronomi, nautikal dan saiz geografi pada zaman pertengahan.

Comments

Popular posts from this blog

Parut kenangan dari si bulus...

Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik

pengamalan susuk ayat dikalangan wanita Melayu