Salam perkenalan sem 1 di universiti

Assalamualaikum sume..

Hari ni tetibe plak datang mood nak menaip-naip XD,,tapi hari ni aku nak bercerita pengalaman aku yang pernah mendapat salam perkenalan sem 1 semasa aku melanjutkan pengajian aku. Ehem-ehem bukan salam perkenalan dari secret admire yep, salam perkenalan dari.......makhluk halus...bukan hantu yep, hantu tak wujud bagi aku yang wujud hanya iblis, syaitan, jin, roh dan lain-lain, hantu tak tersenarai dalam Al-Quran setahu aku, so that's why aku tak percaya hantu. Apa yang terjadi pd aku dalam kisah ni mungkin dsebabkan sikap syaitan atau iblis suke buat rupe.

Kisah ini bermula.......

Sape tak excited dapat melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya selepas alam persekolahan? hahaha dan aku salah seorang daripada mereka. keputusan STPM aku taklah segempak mana, tapi tu pun dah alhamdulillah dah, memang tak sangka macam mimpi je masuk universiti ni ^_^. Aku mendapat tawaran melanjutkan pengajian di universiti tempatan dalam negeri lagi (dekat ngan rumah pe ag, kalau ade pe2 emergency seneng call je parents dtg ambik hahaha!)

Okay aku tak mau nak berleter panjang let's go straight to the POINT!. mase aku dapat salam perkenalan dari 'benda' tu mase tu dah masuk 2 bulan start kelas, dan aku mendapat salam perkenalan tu di blok kolej kediaman dalam tandas. Aku stay kat blok 7 well 4 ur information mase tu blok tu masih baru lagi so aku ngan kengkawan adalah batch 1 yang stay kat blok tu, sume baru...katil baru, meja baru,lampu baru, locker baju baru hehehe pendek kata sume baru XD, kat dalam bilik aku punyer port yang paling hujung sekali dekat dengan tingkap.

Macam biaselah, kolej kediaman kita orang stay ni kuat mencatu air sket, time pukul 1/2 a.m dan ke atas air ada, tapi pukul 9 pm n ke atas air sudah tutup ma...so aku ni pulak jenis yang tak nak berebut tandas dengan students lain n nak dapatkan air yang lebih sebab nak membasuh baju so aku selalu bangun dalam pkul 4.30 a.m, mase tu aman giler wei sebab takde orang aku pun nak mandi manda plus basuh baju pun berasa aman sebab xde orang.

Pada suatu pagi tu macam biase tepat pukul 4.30 a.m aku bangun (ni dah dikira rutin harian aku bangun awal ^_^) kutip-kutip baju busuk, rembat baldi terus keluar bilik ke kamar mandiku yang indah huhuhu, selepas je aku basuh-basuh baju, siap mandi aku pun keluarlah nak masuk bilik balik....tapi.......

air kat sinki terbukak, air pancut (shower lerhhh hahaha) bilik sebelah pun terbukak tapi xde orang.....(pergh...mase ni jangan cakap ah, dah mula rase seram nih, usya2 mn tau ade orang nak pedajal aku ke?..tapi memang SAH! xde orang aku sesorang je kat dalam tandas tu!! aku rase tak tenang dalam fikiran ingat Allah je, tak naklah jadi benda buruk...pastu aku cakap sambil tangan tutup paip kat sinki dan shower kat bilik sebelah.

"janganlah main-main cam ni, dahlah air kat kolej kediaman ni men catu2 kau lak nak men2 air camni...membazir la..students lain pun nak pakai air ni jugak" hati gementar mase ni...tapi yang paling aku xleh lupa, time2 tu jugak lah perut aku ni nak buat onar...aku memang plan nak cabut dah tapi perut yang meragam ni sape nak layan kalau bukan aku? takkan aku nak berak lam plastik pulak? AHHH! nekadlah masuk tandas balik nak membuang penyakit perut aku nih!

Selepas je settle membuang ape yang patut aku buang dengan penuh confidentnye aku melangkah seribu terus keluar dari tandas tu sambil buat larian pecut menuju ke bilik aku, time tengah pecut tu, aku dapat rase memang ade benda besar berdiri tegak kat belakang tapi aku tak toleh kalau aku toleh confirm pengsan!, mase dah sampai bilik aku terus masuk sampai terlanggar meja member, dorang sume terkejut sebab dentuman langgaran baldi dan meja, time tuh aku sengih takut jer, dorang sambung tido balik, tak nak aku nak story ngan budak2 tuh time2 pagi camtuh nanti takut pulak dorang.

Esoknye aku pun story ngan roomate aku tu pasal ape yang terjadi kat tandas pagi tu, dorang pun seram..tapi bukan setakat tu aje, kat bilik kita orang pun xde kurangnye macam2 gangguan ade specially sape yang stay wat assignment sampai pagi memang akan bunyi macam2, dan aku pun pernah kene kacau time tido, tapi member aku pun pernah mention kat aku yang pernah sekali dia tido kat katil aku time aku balik umah hujung minggu, dia cakap macam ade benda kat tempat katil aku..dan selepas jer kejadian-kejadian aneh tu macam2 lagi horror story yang kita orang dengar pasal blok 7 tempat tinggal students perempuan specially tingkat 3. Pernah ade student lelaki kene kacau sebab nampak kelibat budak perempuan rambut panjang cam Rapunzel, hostel budak lelaki memang mengadap blok 7 dengar citernye malam tu dalam pukul 2 pagi dak lelaki tu keluar bergayut telefon kat veranda hostel so time tgh syok gayut2 dia ternampak budak pompuan berambut panjang cam Rapunzel so ape lagi cabut lari lah budak tu.., sampai demam budak lelaki tu selepas nampak 'benda' tu..

itulah dia kisah salam perkenalan yang kita orang dapat semasa stay kat kolej kediaman tu, tapi selepas beberapa lama aku dah tak kene ganggu dengan benda tu, mungkin dia nak mengusik kita orang yang baru ni...

sesungguhnya aku takkan sesekali lupa kejadian kat hostel tu tapi aku anggap ianya salah satu cabaran semasa belajar....dan sememangnye SALAM PERKENALAN SEM 1..

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Parut kenangan dari si bulus...

Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik

pengamalan susuk ayat dikalangan wanita Melayu