Intan Ke-10, ORANG YANG KEDEKUT ITU, SEBENARNYA, KEDEKUT TERHADAP DIRINYA SENDIRI. Buku tika bidadari berbisik


Bersinarlah dikau laksana gemerlapnya gemintang
Dan jangan khuatirkan kesedihan
Dan kegelapan yang datang

    Ada cerita tentang UMMU AL-BANIN binti ABDUL AZIZ, saudara perempuan Umar Ibnu Abdul Aziz, seorang yang pemurah hati dan dia juga sering mengundang kaum wanita ke rumahnya. Diberinya mereka pakaian-pakaian yang baik dan wang yang tidak sedikit seraya berkata " Pakaian ini untuk kalian, dan wang ini bagikanlah kepada orang-orang fakir yang ada di sekitar kalian." Dia melakukan itu dengan maksud mengajarkan dan membiasakan mereka untuk mendermadan bermurah hati.

   Di antara perkataannya adalah : " Celakalah orang yang kikir. Demi Allah, jika kekikiran itu adalah baju, maka aku tidak akan memakainya. Jika kekikiran itu jalan, maka aku tidak akan melaluinya."

   Sebahagian dari ucapannya yang menunjukan kemurahan hatinya adalah : "Setiap kaum memiliki selera dan kegemaran dalam segala sesuatu. Namun kegemaran dan seleraku telah ditentukan dalam menderma dan memberi.Demi Allah, menghubungkan silaturrahim dan memberikan santunan adalah lebih kucintai daripada makanan lazat ketika merasa lapar dan air yang segar ketika merasa haus.

    Disebutkan bahawa kerana sangat cintanya kepada berinfaq, meletakkan harta pada tempat yang sebenarnya, dan membuat contoh-contoh kebaikan, Ummul Banin Rahimahullah pernah mengatakan :"Aku tidak pernah iri terhadap seorang pun kerana suatu hal, kecuali bila dia seorang yang bermurah hati, kerana sesungguhnya aku ingin bergabung dengannya dalam hal tersebut."

   Inilah Ummu Al-Banin dalam perkataan dan perbuatannya. Adakah wanita-wanita lain yang setara dengannya?

JANGAN PERNAH MENYAKITI ORANG LAIN KERANA MEREKA AKAN MEMBALAS MENGHINA ANDA.

PETIKAN BUKU "JANGAN BERSEDIH, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA" BY DR. 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI.

Comments

Popular posts from this blog

Parut kenangan dari si bulus...

Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik

pengamalan susuk ayat dikalangan wanita Melayu