ciri-ciri pemimpin yang hebat

baru habis baca buku pasal Umar Abdul Aziz dan pasal Sultan Al-Fateh. diorang berdua ni antara pemimpin yang hebat di kalangan pemimpin yang aku anggap cool and true leader, pemimpin yang paling awesome of course Nabi Muhammad S.A.W ^_^.

Aku tak nak citer panjang-panjang, tapi honestly aku bukanlah peminat sangat bab-bab politik sebab aku sendiri bukanlah penyokong mana-mana parti politik..ahaks..sorry that's the truth, aku cume rakyat biasa yang berdiri di tepi sambil memerhatikan gelagat manusia kini. Mengenai bab isu politik kini  tak nak aku bercerita takut tersalah cakap XP.

tapi hari ni aku nak bercerita pasal apa yang aku baca, okay x?, baiklah, pasal pemimpin yang telah aku sebut tadi sememangnya awesome giler2, antara ciri-ciri pemimpin yang baik yang patut dicontohi oleh masyarakat sekarang.

yang ni ciri-ciri Umar Abdul Aziz. antara ciri-ciri pemimpin yang awesome memerintah adalah;-

1) teliti dalam segala urusan, mengetahui dan memahami semua perjalanan kerja orang bawahan

2) seorang yang bersistematik dalam kerjaya iaitu meletakkan setiap sesuatu kerja pada tempatnya yang wajar dan sesuai. Kerja, amal serta perubahan yag dilakukan lebih besar daripada perkataan dan ucapan beliau.

3) seorang yang menyelesaikan kerjanya setiap hari tanpa ada penangguhan dan keraguan.

4)seorang pemimpin yang cekap, terutamanya dalam membahagikan kerja serta tugas kpd para pembantu dan pegawai. semua dilakukan atas dasar kepakaran, bakat serta kemampuan mereka. Hasilnya positif di mana tugas dapat dilaksanakan dgn cekap dan berkesan.

5) seorang pemimpin yang mempunyai daya pengawasan yang baik, tegas dalam membuat keputusan, membiasakan amalan bersyura, serta banyak berfikir, Semua ini menjadikan keputusan dan tindakan yang diambil beliau bukan sahaja tepat, tetapi selari dengan prinsip Islam.

6) seorang yang berperawakan lemah lembut dalam pergaulan, bertolak ansur dalam amalan, kuat tanpa kedaifan dan tegas tanpa kekerasan.

7) seorang pemimpin itu mestilah seorang yang penuh tenaga, bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara, cekap berfikir, menjalankan pemantauan dan pemerhatian berterusan, fokus terhadap apa yang dibuat, serta sentiasa memuji setiap kemahiran, pencapaian dan kualiti yang dilakukan oleh mereka yang merealisasikan. Tetapi, beliau juga tegas terhadap apa jua bentuk penyelewengan, pembaziran serta kezaliman.

8) seorang yang senang serta selalu mengambil faedah daripada pengalaman-pengalaman orang lain, percubaan yang dilakukan oleh mereka, menelaah dan berbincang. Ini merupakan lambang sifat tawaduk, rendah diri dan keterbukaan yang dimilikinya. Beliau mestilah mempunyai falsafah bekerja yang unik. Pada beliau, kerehatan adalah waktu kerjanya dan waktu rehat adalah kerja.

9) seorang pemimpin yang amat menyukai keistimewaan, merindukan penciptaan dan inovasi, menyenangi pemilikan eksklusif, serta berusaha utk mencapai kecemerlangan. Ini menjadikan tindakan beliau tepat dan mendahului zaman.

10) beliau seorang pemimpin yang mengambil kira pengalaman dan sejarah. kesannya, beliau sentiasa menghindari melakukan kesalahan yang berulang, mengambil iktibar daripada kegagalan, menjauhi kegelinciran, bersikap optimis, serta tidak mengenal putus asa dan kekecewaan.

Ciri-ciri ini melengkapkan beliau iaitu Umar Abdul Aziz sebagai seorang pemimpin yang berkualiti ^_^

dan kisah beliau sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir adalah menarik bagi aku, beliau telah berjaya menghapuskan kemiskinan di kalangan rakyat dan berjaya melebarkan keadilan serta rahmat Islam, tetapi diri dan keluarganya tetap miskin. dikatakan ketika meninggal dunia, beliau hanya meninggalkan warisan harta berupa sebuah kerusi yang diperbuat daripada kulit, empat batu merah yang diletakkan di bawah kerusi, sebotol minyak wangi dan sebuah kotak berkunci. dan di dalam kotak tersebut hanya terdapat baju besi dan seluar pendek! Begitulah pemimpin yang agung yang meninggalkan rakyatnya dalam keadaan senang, sedangkan diri dan keluarga sendiri serba kekurangan.

sebelum menghembuskan nafas terakhir beliau menemui anak-anaknya;-

"Anak-anakku! aku menimbang-nimbangkan pendapatku tentang dunia, iaitu di antara kalian dalam keadaan fakir miskin di dunia dan aku masuk syurga, atau kalian kaya- raya di dunia dan aku masuk neraka. Setelahku timbangkan, ternyata kalian fakir miskin di dunia lebih kusukai daripada aku masuk neraka walaupun sekelip mata. (Zuhair Mahmud al-Humawi, 2009:94)

rujukan : buku Umar Abdul  Aziz by Prof Madya Rasid Muhamad.

p.s

apabila seseorang itu memerintah dengan baik dan adil maka tak mustahil rakyat akan menghormatinya

-aku sendiri okay haha-

Comments

Popular posts from this blog

Parut kenangan dari si bulus...

Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik

pengamalan susuk ayat dikalangan wanita Melayu