khasiat daging babi a.k.a khinzir




Seorang drpd enam yang tinggal di A.S, mempunyai cacing dlm otot mereka kerana memakan daging khinzir yang telah dijangkiti trikina atau trichinelly.  Sebahagian besar drpd para penghidap penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom. Sebahagiannya merasa tahap kesembuhan mereka daripada penyakit, berlaku dalam kadar yang begitu lambat. Ada yang menemui ajal mereka. Mereka yang tidak bernasib baik pula akan mengalami kesakitan yang berkekalan. tidak ada satu pun imunisasi pada penyakit ini dan penyakit ini belum ada ubatnya.

Hal ini begitu bertentangan dgn kepercayaan umat Islam. dlm Al-Quran, khusus ada disebut berkenaan khasiat jintan hitam, madu, dan minyak zaitun yang dapat menyembuhkan semua jenis penyakit, kecuali mati. Tiada ada satu ayat pun dalam Al-Quran dpt membuktikan sebagai salah dari sudut saintifik. Justeru, adakah sudah tiba masanya untuk kita kembali kepada Allah s.w.t dlm mencari kesihatan, dan berlindung daripada kejahatan kerajaan A.S?

peliknya, seorang saintis Islam yang lahir di India dan mengajar agama di Afrika Timur, Syed Saeed Akhtar Rizvi, adalah orang yang mengkhabarkan bahaya memakan daging khinzir a.k.a BABI. Mengapakan media A.S tidak mencanangkan berita2 seperti ini kpd warganegaranya, dan mendedahkan bahawa seorang drpd enam org rakyat A.S mempunyai cacing dlm otot mereka, disebabkan memakan daging Khinzir yang dijangkiti oleh cacing trikinaatau trichinelly ?

Tuan Rizvi, seorang warga asing lebih mempedulikan rakyat A.S, berbanding media dan kerajaan A.S sendiri. Bagaimanakah perkara ini berlaku? Jawapannya jelas dan terang dlm bab 1 hingga 5 buku DEADLY MIST. Kerajaan A.S mahu rakyat mereka jatuh sakit, dan membeli sebanyak mungkin ubat dari syarikat farmasi yang dimonopoli oleh keluarga BUSH.
cacing trikina akan hidup lama dlm badan manusia, iaitu selama 40 tahun. cacing ini mempunyai badan yang melengkung berbentuk lemon dan mempunyai kapsul2 lutsinar yang terdapat ditemui antara serat otot daging khinzir.

Apabila daging khinzir yang sudah dijangkiti ini dimakan, kapsul2 tidur ini akan masuk ke dalam sistem pencernaan, akhirnya membesar menjadi cacing dewasa. setiap kapsul akan mengeluarkan kira2 1,500 anak cacing. Anak2 cacing ini akan memasuki darah kita dlm tempoh satu minggu hingga tiga minggu, selepas menelan kapsul itu. Banyak organ badan yang akan diserang oleh cacing ini. kemudian, gejala-gejala seterusnya menunjukkan 50 jenis penyakit yang dibawa oleh cacing ini. Perkara ini menyukarkan diagnosis.

Meletakkan garam ataupun asap pada daging khinzir seperti biasa dilakukan, juga tidak dapat menghapuskan semua cacing2 ini. Badan pemeriksaan kerajaan juga tidak mampu mengedentifikasikan semua daging yang dijangkiti, tetapi mereka tetap memberi cap ungu pada daging itu sebagai bukti sudah lulus ujian keselamatan kesihatan.

Clonorchis Sinensis (cacing flu)

Ini adalah sejenis cacing penyedut yang hidup dlm organ hati khinzir. Orang yang suka makan hati khinzir ini akan dijangkiti parasit-parasit ini. Penyakit ini umumnya di China, Jepun, Korea, India Selatan, dan Vietnam. Semua kes yang ditemuinmempunyai kaitan dengan khinzir.

Parasit-parasit ini dapat menyebabkan banyak penyakit serius terjadi dalam hati dan dada manusia. Apabila parasit ini berada dalam paru2, pneumonia akan berlaku. Apabila ia berada dalam saluran pernafasan, manusia akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan apabila berada dalam usus besar, ia akan merosakkan usus dan pankreas.

Klonorkiasis adalah sejenis penyakit hati yang unik. hati menjadi besar dan pesakit akan menghidap penyakit kuning dan cirit-birit. Penyakit ini boleh membawa maut kepada mereka yang dijangkiti. Bidang perubatan masih lagi tidak mempunyai rawatan khusus bagi menangani penyakit ini. Komplikasi tambahan lain adalah pengerasan pada hati dan kanser.

Erysipelothrix Rhusiopathiae (Bakteria Penyakit)

Penyakit ini menyebabkan gejala akut yang kronik. Gejala2nya adalah demam panas, hilang nafsu makan serta tenaga. Erysipelas kronik dapat menyebabkan kerosakkan pada injap jantung. Akibatnya adalah, kematian berlaku dengan cepat.

Orang yang makan daging khinzir, walaupun drpd khinzir yang sihat, akan tetap diancam penyakit itu, dan mengakibatkan kematian. Mengapakan media A.S tidak tertarik langsung terhadap perkara ini?

Fasciolopsis Buski (cacing usus gergasi)

Parasit ini berada lama dalam badan khinzir. Sekali ia meninggalkan tubuh khinzir, ia akan menjangkiti lintah air. Kemudian, ia menjangkiti manusia. Penyakit ini biasa berlaku di negara China.

Ancylostoma Duodenale dan Nector Americanus (cacing kerawit)

Khinzir dikenali sebagai haiwan pemakan segla benda. Oleh itu, ia mudah dijangkiti dengan cacing kerawit ini. Apabila cacing-cacing ini berpindah melalui isi perut, ia mudah menjangkiti manusia. Penularan seperti ini biasa berlaku di negara-negara beriklim tropika. Cacing kerawit dewasa menghisap darah di dalam usus. Seekor cacing mampu menghisap kira-kira satu sentimeter padu darah dlm sehari.

Tanda-tanda dan gejala -gejalanya tidak terbatas, iaitu termasuk kulit dan muka yang pucat, pembengkakan air dalam wajah, kaki, dan tangan, sembelit, cirit-birit, perut menggeleber, nafsu makan bertambah, lambat baligh, mati pucuk, haid tidak teratur, perkembangan tubuh terbantut, lemah jantung, gementar, kulit menjadi sensitif dengan suhu sejuk, ketidakmampuan fizikal, kepenatan, dan kelesuan.

Paragominus (cacing paru-paru)

Parasit ini hidup dalam paru-paru dan menyebabkan pneumonia dalam badan khinzir dan manusia. sehingga kini, belum ada cara bagi membunuh parasit ini pada bahagian tisu dijangkiti.

Ascaris Lumbricoides (cacing gelang)

Cacing ini panjangnya mencapai 15 sentimeter hingga 39 sentimeter. Dikenali juga sebagai traveling worm, kerana ia bergerak ke pelbagai organ tubuh. Cacing muda masuk kedalam badan melalui luka yang terbuka pada kulit.

Taenia Solium (cacing pita)

Ini adalah antara sumber jangkitan daging khinzir. Pada tahun 1947, Norman R. Stoll menulis sebuah laporan yang berjudul This Wormy World. Dalam laporan ini, direkodkan seramai 2.5 juta orang dijangkiti penyakit dibawa cacing ini, di seluruh dunia.

Kesimpulannya, Khinzir adalah pembawa kuman utama. Ia menyebabkan banyak penyakit serius dan membawa maut. Antaranya adalah najis berdarah (disentri), trikinosis, penyakit kuning, pneumonia, kesukaran untuk bernafas, kerosakkan usus, radang pankreas, bengkak hati, cirit-birit, kurus kering (emaciation), pengerasan hati, kanser, anemia, demam panas, membiakkan cacing pita, cacing gelang, cacing kerawit dalam tubuh badan, pertumbuhan yang terbantut, demam kepialu, tempang, masalah jantung, keguguran, mandul, dan kematian mengejut.

PETIKAN DARIPADA BUKU DEADLY MIST, BAB 6.

THAT'S WHY ISLAM MENGHARAMKAN KITA UMAT ISLAM MEMAKAN DAGING BABI ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Parut kenangan dari si bulus...

Berlian Ketujuh, PERBAIKI DIRI ANDA, MAKA ALLAH AKAN REDHA TERHADAP ANDA. (petikan dari buku jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia) buku tika bidadari berbisik

pengamalan susuk ayat dikalangan wanita Melayu